Header Ads

Jangan Tangkap Mereka, Bawa Jumpa Saya Dan Luah Apa Yang Mahu Di Pekatakan - TMJ

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta pihak polis supaya tidak menangkap mereka yang membuat kenyataan berunsur hasutan terhadapnya.

Sebaliknya Tunku Mahkota Johor itu berharap pertemuan dapat diatur antara beliau dan mereka yang terlibat.

"Saya lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara saya dengan individu-individu tersebut dan memberikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Isnin.

Baru-baru ini seorang penyokong bola sepak Pahang, Muhammad Masyhur Abdullah ditahan polis kerana dituduh mengutuk Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di Twitter.

2 comments:

  1. Simpan lah dha kena kutuk baru nak keluarkan ayat begini.sebelom ni mmg ko orang istana suka menginaya rakyat kan, ingat semua rakyat bodoh ke. orang istana boleh kutuk kerajaan rakyat tetapi rakyat tak boleh balas. suka menunjuk nujuk tanpa memikir hati dna perasaan orang . bawa jumpa. dah berbelas sms aku hantar nak mengadap, dah berbelah instagram masage aku hantar nak jumpa kenapa tak sanggup berjumpa. stop talking do it.

    ReplyDelete
  2. Simpan lah dah kena kutuk dengan rakyat malaysia baru nak keluarkan ayat begini.sebelom ni mmg ko orang istana suka menginaya rakyat kan, ingat semua rakyat bodoh ke. orang istana boleh kutuk kerajaan rakyat tetapi rakyat tak boleh balas. suka menunjuk nujuk tanpa memikir hati dna perasaan orang . bawa jumpa. dah berbelas sms aku hantar nak mengadap, dah berbelah instagram masage aku hantar nak jumpa kenapa tak sanggup berjumpa. stop talking do it.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.