Lelaki Ini Cerita Kematian Kawannya di Dalam Lubang, Dan Penjenayah Hanya Di Kenakan Penjara 4 tahun Penjara
RINDU itu datang mengetuk hati ku. Sahabat, andai kau masih ada. Aku ingin memeluk dan menceritakan segalanya yang aku pendam sejak kau pergi. Tentang kejayaan, kejatuhan aku, dugaan, kawan, family, cinta dan macam macam yang aku ingin cerita. Aku tahu, kau akan memegang bahu ku. Kau diam seribu bahasa dan tak kan memotong sepatah pun cerita ku. Kau dengar dari awal hingga ke akhirnya seperti yang pernah kau lakukan satu ketika dulu. Tapi itu semua andai kau masih ada. Kini setelah aku cerita kan segalanya pada Tuhan, hati ini di gerakkan untuk bercerita di rumah baru kau. Menangis. Tanpa ada siapa ambil peduli. Karut kalau aku kata kan seperti kau sedang memegang bahu ku saat aku cerita kan.
Tapi apa yang aku rasa, ada lah kelegaan bila meluahkan di tanah kering bernisan terpahat nama mu sahabat MUHAMMAD AMIR FADZLI BIN SUHAIMI FADZIL. kau masih ingat saat kita bersusah payah sebulan pertama kita kerja? Hari hari makan nasi goreng lebih kan. Satu pingan, kongsi dua. Aku makan dulu, kau pulak habis kan. Bila kau makan dulu, aku pulak habiskan. Sebulan kita macam tu. Segalanya berkongsi, sebab apa? Sebab kita baru nak naik pek masa tu. Bila kau dapat gaji pertama, sampai ke seremban kita berjalan. Kau belikan aku rokok dunhill, kau belikan minyak 2t, kau isi minyak aku penuh. Aku tahu, kau cuma ingin balas jasa aku. Tapi aku tak harapkan semua tu. Saat tu kita semakin rapat, makan sepinggan tu suatu kewajipan kita kan Apek. Semakin kita maju, semakin ramai benci. Siapa musuh aku, kau jadikan musuh kau.Siapa musuh kau, aku jadikan musuh aku. Kita main moto kita tak susahkan orang tak cari musuh. Tapi orang benci bila kau ada bakat rider. Bila keluar, Kau jaga aku, aku jaga kau. Pergi sama balik sama. Enjoy kita, berbatas tanpa menyusahkan orang lain. Kerja tetap kerja, enjoy tetap enjoy. Tak lama kita macam tu, tiba zaman jatuh kita. Moto masing masing asik problem, asik hantar kat pomen. Haha! Nak upgrade sangatkan pek? Kering poket jadinya. And the last moto kau sadai bengkel, moto aku sadai bengkel. Kita sama sama kerja keras pulak main ot kat tempat keje.
Nak cari duit lebih lah konon. Nak hidupkan moto balik. Sebab nak dekat raya kan. Kerja kerja kerja kerja lepak kerja kerja. Then kita menyambut bulan Ramadan. Tiba tiba, bos tukar kan shift kita. Kita da tak sama shift. Hmm. Aku kerja pagi, kau kerja malam. Aku kerja malam, kau kerja pagi. Kita jumpa bila waktu tukar shift je. Tapi kita masih ada peluang, kita ambik cuti pada hari yang sama. Hehehe! Kita jalan2 jugak. Lepak2 jugak. Happy2. Erhh. Seronok sangat. Oh lupa. Ada suatu hari tu kita nak tukar shift. Aku masuk malam. Kau kelam kabut nak balik. Tak nak lepak lepak. Aku pelik lah. Aku tanya kenapa nak balik awal, kau cakap. "Mak aku masak ayam masak kicap." Ok, aku baru teringat tu kegemaran kau.
Then macam biasa aku just pesan hati hati balik. Hari demi hari berlalu seperti biasa. Hampir nak raya, aku berjaya siapkan moto aku. Moto kau masih sadai. Aku buat moto aku untuk raya, pasang box lah set mirror kiri kanan. Biar nampak standard habis. Cuma exzos prapp prapp pulakk. Haha! Raya pertama kedua ketiga, kau kerja sorang satu shift. Partner kau masing2 ambik cuti. Kau kerja jugak sebab time tu bayar triple. Kau nak duit lebih, kau sanggup. Kau kuat pek. Ada satu hari tu,kau chat aku kat fb. Masa tu aku keje malam. Kau cakap teringin nak makan nasi lemak ayam alsalam bawah tu. Aku cakap nanti aku tinggal kan duit dalam laci. Lepas tu kau cakap terima kasih. Petang esok nya, aku masuk shift, aku perasan.

Hari2 kau tulis kat buku stok tu "raya tak jadi". Hari hari pek, tapi aku tak tangkap apa apa sebab aku fikir maybe sebab moto kau sadai waktu raya. Status facebook kau semua berkait tentang mati. Moment wechat kau semua berkait tentang ajal. Kau selalu dengar lagu "Bila Tiba" dari band Ungu tak silap aku. Aku pun layan jugak, sebab maybe lagu tu sedap. Haha! Semua nya berjalan macam biasa hingga lah raya ke enam, aku masuk kerja 6 petang dan kau habis kerja 6 petang. Waktu kita tukar shift.....
Ntah kenapa petang tu kau nak balik cepat. Tak silap aku 2/08/2014 hari sabtu. Emir, Emir saje nak sakat kau, nak ambik gambar kau. Lepas tu kau jawab, " Tak payah lah, nanti ramai nak ambik gambar aku." Kita orang gelakkan kau Apek, ingat kau poyo. Hmm. Malam tu pukul 10 lebih, kau chat aku kat wechat.. Apek : Amy, pinjam moto malam ni boleh?
Amy : Nak pergi mana, enjin baru siap tu. Belum habis pantang. Apa apa jadi nanti susah.
Apek : Pusing pusing je Amy, kalau owner bagi pinjam moto ke seremban. Ok jugak.
Amy : Yela. Pergi lah. Nanti datang komplek ambik kunci.
Apek : Yeay! Owner bagi pergi seremban. Nanti aku datang, bye.
Malam tu 11 lebih bersamaan malam minggu, kau datang ambik kunci. Sebelum tu, kau panggil aku duduk kat sofa. Macam ada something kau nak cerita. Aku dengarkan, rupanya cerita kau tentang apa yang kau nampak seorang kawan dating dengan awek seorang kawan kat Dataran Nilai. Kau geleng kepala dengan kerenah kawan kawan sekarang. And the last, kau pesan kat aku. "Hati hati amy, zaman sekarang kawan kawan macam *******."
Aku gelak bagaikan menjaga hati. Sebab aku sayang semua kawan kawan aku. Then kau follow aku ke casher nak ambik kunci. Sambil tu kau bergurau dengan kawan kawan lain. Aku masih tak dapat rasa kelainan kau saat saat akhir. Aku pun bagi kunci moto kat kau, sambil kau berjalan keluar. Aku jeritkan "Apek!! Jangan lupa cham 2t!!" Kau pandang belakang, senyum dan teruskan langkah kaki kau nak turun kebawah dan kau hilang di pandangan sebalik tangga. Its last conversation. Tapi masa tu aku belum sedar itu last. Jam lebih kurang 3 pagi waktu aku habis kerja. Aku cuba call kau, nak tanya kau kat mana dan bila nak tukar moto. Sebab aku tau kau tak kan balik rumah tanpa moto yang kau bawak keluar. Moto skuter ego kepunyaan Akak kau.
Comel betul kalau aku yang bawak kau tau tak. Haha! 😂 Aku call kau dua kali, tapi tak dapat. Batery phone kau habis mungkin. Kata aku pada diri sendiri. Ahh! Emir nak lepak dataran nilai, aku plan emir hantar aku balik then bawak skuter tu pergi dataran lah. Aku suruh dia tukar moto dengan kau je. Sebab aku memang tak larat malam tu, aku nak balik tidur. Dan esok nya...

Esoknya jam lebih kurang 8 pagi, aku di kejutkan dengan tanggisan ibunda ku. Aku bangun dengan keadaan mamai. Terus ibunda ku memeluk di sertai ciuman bertalu talu di pipi dan umbun kepala ku. Aku bertanya pada ibunda ;
Amy : Kenapa ni mak?
Emak : Tadi polis datang.
Amy : Polis tu nak apa?
Emak : Polis sebut nombor moto kau, dia kata orang yang bawak eksiden meninggal kat labu. Mak ingat kan kau, sebab mak tak tau kau dalam bilik. *aku terkejut separuh mati, darah ku hilang. Aku berlari separuh bogel ke tandas basuh muka dan berlari ke bilik sarung baju dan seluar.* Aku terus terangkan siapa yang bawak moto tu pada ibunda tersayang ku. Dan aku mengajak ibunda dan ayahanda ku ke rumah Apek. Aku berikan Salam bertalu talu tanpa henti sambil menghubungi kawan aku Emir yang bawak moto skuter tu. Tak berangkat. Dan salam di rumah tak berjawab. Membuat kan aku separuh gila. Aku call supervisor tempat kerja menceritakan apa yang terjadi. Dia beritahu yang family Apek balik ke kampung...
akhir sekali aku dapat hubungi emir, aku kata datang rumah aku sekarang. Aku terus ajak ibunda dan ayahanda balik ke rumah. Sampai ke rumah Emir dan Firdaus da tunggu di luar rumah. Aku ajak mereka ke labu, dalam perjalan aku cerita kan segalanya. Suasana sepi diam seribu bahasa. Sampai di labu, aku lihat banyak kenderaan di bahu jalan. Aku syak ni lah tempat kejadian. Berhenti sahaja kereta, aku turun berlari ke arah van polis. Aku lihat ada bungkusan hitam. Polis bertanyakan siapa aku, aku kenalkan diri yang aku owner moto dan bla bla bla. Aku mintak izin untuk buat pengecaman. Tapi di larang pihak polis kerana jenazah telah di tutup. Hati aku berlawan yang itu bukan Apek. Aku bertanyakan di mana moto? Polis tunjukkan arah dan melarang sentuh apa apa. Aku melintas jalan ke seberang untuk melihat moto. Aku lihat dari jauh saja hati aku sudah lemah. Sampai sahaja di moto, air mata aku mengalir. Aku dapat bayangkan macam mana keadaan terjadi. Aku berpatah balik ke anggota polis bertanya ka
Amy : Jumpa jenazah kat mana Tuan?
Polis : Sana, di dalam lubang. *sambil menunjukkan tempat yang berbukit*
Amy : Boleh saya pergi sana?
Polis : Boleh, tapi jangan buat apa apa.
Aku berjalan kaki ke arah lubang tu. Airmata aku deras keluar bagaikan dunia akan berakhir. Sampai saja di lubang berkenaan, segala kekuatan aku tertumpu pada lutut agar menyokong untuk terus berdiri. Keadaan darah yang banyak di kawasan berhampiran lubang. Lubang yang kelihatan agak dalam. Jauh antara lubang dan tempat kemalangan lebih kurang 50 meter mengikut kertas siasatan. Tak tertahan aku di situ. Aku pergi ke arah polis berdekatan. Aku mintak dia cerita kan segalanya. Aku di beritahu, kes ini mungkin kes bunuh, bukan kemalangan biasa jika ikut pandangan mata kasar. Ia pembunuhan tak dirancang. Aku di soal adakah aku mempunyai musuh, tak ada jawapan ku. Dia tanya simati punya musuh? Sekeras alam aku nafikan semuanya. Kerana apa? Kerana aku mengenali arwah bagaimana orang nya. Tidak mungkin orang seperamah dia mempunyai musuh.
Bersurai.
Sewaktu aku ingin masuk kereta untuk pulang, sebuah Jeep berhentikan kenderaan di sebelah, dua orang berpakaian formal mengenal kan diri. Ohh! Mereka dari IPK Seremban Dua. Dia berikan nombor phonenya pada ku, jika ada sebarang maklumat beritahu padanya.
Aku pulang.... Pulang dengan hati yang hilang. Fikiran yang melayang. Kehilangan dia memberi kesan yang besar. Aku umumkan pemergian Arwah di laman sosial untuk pengetahuan kawan kawan yang lain. Beratus panggilan aku dapat dalam masa seminggu. Ada yang ucapkan takziah. Ada yang memberi semangat. Ada yang berikan maklumat. Segala maklumat aku berikan pada Polis berkenaan. Akhirnya beberapa orang dapat di tahan / serah diri. Dua tahun aku mengikuti segala perkembangan arwah dari balai sampai ke mahkamah. Dari awal sebutan kes, hingga di jatuhkan hukuman terhadap 4 orang tertuduh tersebut. Kadang aku pergi bersama abang arwah, kadang bersama ayah arwah. Selama dua tahun lebih. Mendengar setiap hujahan pendakwa raya. Cerita cerita saksi. Bukti bukti polis. Keputusan dokter. Kes di kena 302 k/k gantung sampai mati jika tertuduh bersalah.
Dan akhirnya, kes selesai setelah dua tahun lebih. 4 orang tertuduh di jatuhkan 304 k/k tak silap aku. Hukuman 4 tahun 6 bulan penjara bermula tarikh tangkapan. Ya! Aku kecewa, kerana pada awalnya dikata kan punca kematian adalah di pukul dan hentakan objek tumpul di dada. Tidak di bentangkan dalam mahkamah. Jarak kemalangan dan lubang tempat menemui jenazah agak jauh dan tidak logik jika arwah tercampak ketika kemalangan. Ahh! Saksi utama seorang perempuan jugak tidak memberikan keterangan di dalam mahkamah, sedangkan aku yang tidak berada di tempat kejadian di suruh bersumpah dan berikan keterangan di dalam kandang saksi. Tapi saksi utama yang melihat kejadian tidak buat sedemikian? Aku diam. Tak nak aku berbahas kan tentang undang undang dunia. Jika benar mereka di dipihak yang betul, aku ucapkan terima kasih kerana mengajar aku erti redha hilang sesuatu. Jika mereka salah tetapi keadilan dunia mengatakan mereka betul. Itu urusan mereka dan Tuhan. Aku, cukup sampai sini. Berlajar redha kan sesuatu dan menghargai apa yang ada di depan mata. For you info all, perkenalan aku dengan arwah baru setahun lebih. Tapi cara kami mencorakkan persahabatan tu, hanya Allah yang tahu susah senang kami, jatuh bangun kami. Apa yang aku terkilan, adalah awalnya aku sentiasa bersama arwah. Tapi saat kejadian, bagaimana aku boleh lena di atas tilam sedangkan sahabat ku amat memerlukan pertolongan pagi tu. Aku teruk, aku gagal menjadi sahabat yang baik bagi diri dia, tapi dia berjaya menjadi sahabat yang sempurna bagi aku. Segalanya masih tersemat di dalam otak. Kenangan, kerenah dia, gurauan dia, gelak tawa dia, apa yang dia suka dan tak suka. Banyak lagi yang sentiasa bermain di fikiran. Ya! Ini kisah tentang kehilangan seorang rakan karib. Pahitnya lebih pahit dari hempedu landak. Aku berdoa, bukan pada waktu ini aku kehilangan orang tersayang lagi. Al-fatihah. The End 6/6
Muhammad Amir Fadzli Bin Suhaimi Fadzil
9.12.1996 - 3.8.2014
Hargai lah dengan siapa yang ada dengan kita. Jangan sampai kau rasa apa yang aku rasa. Ianya RASA yang teruk tiada penyudah. Assalamualaikum.
SUMBER

Post a Comment