Header Ads

Saya Dan Uqasha Sudah Tidak Bergaduh - Hafidz Roshdi

Bagaimana hubungan anda dengan Uqasha sekarang?
Hubungan kami dah okey. Memanglah kami tidak berjumpa selepas insiden dulu. Tetapi saya dan dia sudah okey, sudah tidak bergaduh. Malah seandainya digandingkan bersama-sama, saya rasa tiada masalah. Saya selesa bersikap profesional.

Bagaimana kehidupan anda selepas mengharungi episod kontroversi baru-baru ini?
Jujur saya katakan, ketika kontroversi itu wujud pun saya tidak peduli sangat. Saya pun tak tahu yang orang sedang bercerita mengenai saya (isu pasangan cemburu) dan kemudian kisah saya sudah kahwin dan orang mengata mengenai isteri saya. Saya dan dia jalani hidup seperti biasa sebab selepas selesai majlis perkahwinan kami, saya dengan isteri terus berbulan madu di luar negara. Bila kami pulang ke tanah air, gosip itu sudah reda.

Takkan langsung tak ambil peduli? Ini kan mengenai hal peribadi anda?
Bukanlah langsung tak ambil peduli tapi saya mahu fokus kepada kritikan yang membina sahaja. Bagi saya amat tidak berfaedah seandainya saya terus-menerus panjangkan isu atau berasa tertekan dengan perkara yang berlaku. Saya pun tak boleh nak halang orang yang mahu komen sebab itu hak mereka. Mereka akan buat yang mereka mahu dan bagi saya, kalau saya layan lagilah mereka suka. Mudahkan cerita, saya maafkan semua orang. Saya pun dapat pahala.

Selepas apa yang berlaku, apa langkah yang anda ambil terutama di laman sosial?
Saya tak pernah letakkan had untuk memuat naik perkara yang dilihat bersesuaian. Ada juga saya dengar orang kata isteri saya cemburu dan dia kawal pergerakan saya di laman sosial. Saya tidak setuju dengan perkara tu. Dia tak cemburu pun. Malah dia tidak mempunyai sebarang media sosial yang boleh membuatkan pihak media atau orang ramai kesan dan mengiyakan yang dia cemburu. Dia sendiri tak pernah cakap dia cemburu kepada saya. Maksud saya perkataan cemburu itu tak pernah keluar daripada mulut dia pun. Dia okey saja sejak sebelum kami bertunang dulu sampailah kami sudah berkahwin sekarang.

Adakah anda halang isteri untuk mempunyai sebarang akaun media sosial?
Tak pernah halang dan itu adalah kehendak dia sendiri.

Apa komen anda apabila orang kata isteri anda letak pelbagai syarat kepada anda sebagai pelakon?

Dia seorang yang memahami dan daripada dulu dia banyak memberi sokongan kepada karier seni saya. Kalau saya sedih atau kecewa dalam sesuatu hal dia yang akan beri saya semangat. Kalau dari dulu dia boleh memahami, mengapa pula selepas berkahwin dia nak letak pelbagai syarat? Itu cuma pandangan orang barangkali kerana bagi saya, kami sentiasa telus. Tentang hal berlakon, mungkin saya sendiri yang nak elak berlakon adegan intim atau berpelukan mesra dengan pasangan pelakon wanita. Saya tak kata saya tolak tetapi kalau boleh nak elak atau kurangkan. Itu kehendak saya sendiri, bukan dia yang suruh.

DUGAAN orang baharu menghirup udara dunia hiburan barangkali, Hafidz Roshdi seperti yang diketahui ramai, dihimpit satu persatu kontroversi. Kontroversi yang terjadi sama ada atau tidak, menyebabkan namanya terheret dalam senarai artis baharu yang menjadi perhatian kerana ramai yang mahu tahu perkembangan sebenar mengenai isu yang menyentuh peribadinya.

Bermula daripada kontroversi berbalah dengan pelakon Uqasha Senrose berhubung isu pasangannya cemburu, pelakon Tundukkan Playboy Itu kemudiannya terjebak pula dengan kata-kata kurang enak peminat yang mempertikaikan mengenai perkahwinannya dengan wanita yang dianggap tidak sesuai dengan dirinya hanya kerana rupa paras isterinya dikatakan tidak setanding wajahnya yang kacak.
Mengulas secara umum mengenai perkara yang berlaku, Hafidz yang pada awalnya kelihatan sedikit teragak-agak untuk bercerita mula membuka mulut meleraikan sengketa dan spekulasi yang melanda.
Bukanlah langsung tak ambil peduli tapi saya mahu fokus kepada kritikan yang membina sahaja.
- See more at: http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/pasca-kontroversi-hafidz-roshdi-1.336002#sthash.Mjs7N0T8.dpuf

No comments

Powered by Blogger.