Header Ads

Saya Panggil Dia...... - Fasha Sandha Jelas Hubungan Dirnya dengan Aedy Asyraf

DALAM bulan ini memang nama aktres Nur Fasha Sandha Hassan, 32, hangat jadi perbualan ramai. Selepas kes perceraian dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, 40, pada Januari lalu, kemudian timbul pula kontroversi laporan polis yang dibuat ibu sepasang anak itu.

Fasha hanya menjelaskan laporan polis dibuat bagi tujuan perlindungan diri daripada gangguan tanpa mendedahkan isi sebenar laporan.

Terbaru, nama Fasha buat kesekian kali terkait pula dengan pelakon muda Aedy Ashraf, 23, yang mendedahkan teguran daripada bekas suami pelakon filem Penanggal tersebut kerana berkawan rapat dengan Fasha.

“Saya kalau boleh memang dah tak mahu komen lanjut pasal hal dengan bekas suami. Sebenarnya, saya telah bekerja dengan Aedy sejak lama lagi iaitu sejak dia kecil.

“Pertama kali semasa filem 9 September dan kemudiannya di dalam drama Cinta Elysa di mana dia melakonkan watak adik saya.

“Sekarang pula saya dan Aedy berlakon sama di dalam drama Lara Aishah sebanyak 100 episod.

“Jadi, sudah tentu kami banyak berada di lokasi kerana penggambaran drama ini begitu panjang.

“Saya panggil dia adik… Kami dah macam adik dan kakak,” jelas Fasha mengenai pelakon yang mulai menyerlah menerusi drama Tentang Bulan dan Qalesya.

Beliau berkata demikian kepada Mangga Online sewaktu ditemui di majlis pelancaran program Syukur Selalu untuk Ramadan dan Syawal oleh stesen televisyen Media Prima di ibu kota pada petang Selasa.

Buat julung kalinya, Fasha dilantik menjadi duta Syukur Selalu bersama Janna Nick, Uqasha Senrose, Fattah Amin, Amar Asyraf, Hafidz Roshdi serta Raja Afiq.

Menjawab pertanyaan pertama kali menyambut puasa dan raya tanpa insan bergelar suami, kata Fasha,”Saya sebenarnya lebih gembira kerana keadaan lebih tenang. Yang penting sambut Ramadan dan Raya bersama anak-anak, keluarga dan kawan-kawan.

“Saya akan sibuk sepanjang Ramadan ini dan hanya ada cuti enam hari sahaja menyambut Hari Raya. Saya akan sibuk dengan banyak komitmen kerja sehingga hujung tahun ini.

“Jadi saya rancang untuk cuti rehat selama tiga atau empat bulan pada tahun depan,” ujar Fasha yang bakal muncul di dalam drama bersiri 18 episod berjudul Bibik Bibikku di TV3 bulan Ramadan ini.

Dua filem lakonannya yang bakal ditayangkan sempena Hari Raya ini ialah Anak Mami Nasi Kandaq dan Dukun Doktor Dani.

No comments

Powered by Blogger.