Header Ads

Siti Nordiana Jaga Batasan, Faham Perasaan Isteri Alif

rata-rata peminat memuji keserasian Nana dan Alif hingga ada yang menyifatkan mereka benar-benar sesuai.Siti Nordiana Jaga Batasan, Faham Perasaan Isteri Alif

Selain itu, peminat khususnya yang beragama Islam turut memuji drama arahan Michael Ang itu kerana tidak mempamerkan sebarang adegan bersentuhan antara hero dan heroin namun masih lagi berjaya mempamerkan aksi-aksi romantis mereka.

Dalam pada itu, Nana yang kini merupakan seorang ibu tunggal akui dia masih perlu menjaga batas-batas pergaulannya dengan Alif demi menjaga hati isteri aktor popular itu.

“Alhamdulillah gandingan saya dan Alif menjadi. Saya tak sangka akan diterima disebabkan saya pun gemuruh dengan respon peminat. Ini berikutan saya dengan Alif kali pertama bekerjasama, malah, jarak usia kami juga agak jauh juga. Namun, lama-kelamaan saya rasa ada keserasian kerana dibantu oleh Alif dan pengarah.

“Apapun semua itu atas dasar kerja dan saya cuba sedaya-upaya untuk menjaga batas-batas antara kami berdua. Kebanyakan babak romantik saya mohon tidak ada adegan bersentuhan.

“Ini kerana saya pernah menjadi isteri jadi saya faham bagaimana perasaan seorang isteri,” kata Nana kepada Media Hiburan.

No comments

Powered by Blogger.