Header Ads

Wanita Ini Dedah Hubungan Cinta Dengan Suami Orang, Engineer handsome

Assalamualikum. Hari ini aku nak bercerita tentang hubungan Aku dengan seorang suami orang. Ya Aku akui aku sayangkan hubungan antara aku dan dirinya.

Nama dia Nasrul. Dia memang baik gila. Umur dia dalam 28 Tahun. Masa itu aku baru sahaja sambung belajar di sebuah IPTS. Entah macam mana kami boleh bertemu. Dia memang hensem. Kerja Engineer. Siapa tak nak lelaki yang ada kerja hebat macam itu.

Masa belajar, dia banyak tolong aku. Dunia student memang tak cukup duit. Kadang2 dia hulur sedikit duit. Setiap bulan dia bagi aku. Yang istimewanya tentang dia adalah dia jaga solat, jaga agama dan jujur. Tak pernah marah aku sepanjang aku mengenali dirinya.

Adalah beberapa bulan aku tak msg dia. Sebab dia busy. Satu hari aku msg dia, dia tetap busy. Malam itu aku dapat msg macam SPAM dari dia. Dalam msg tu dia hebohkan dirinya akan berkahwin tak lama lagi. Aku sedih... Lelaki yang aku syg dah nak kahwin dah.. Lepas dia kahwin dia tetap msg aku.. Dia tetap layan tentang aku.. Cuma berbeza.

Berbeza masa dia bujang dan selepas kahwin. Masa bujang aku boleh msg dia sampai tertidur. Mas bujang aku boleh msg dia hujung minggu. Tapi semuanya berubah.. Dia kata dia terpaksa kahwin sebab bosan. Sebenarnya dia dah banyak kali putus tunang dengan Isteri dia sekarang. katanya si isteri dia ini banyak benda dia tak berapa berkenan..

Aku pernah tengok FB isteri dia, dia ada update status yang dia x berkenan dengan sikap ahli keluarga si suami sebab mengata dirinya tak buat kerja. Kadang-kadang si Nas ada mengadu pada aku.. Tentang isteri dia. Dia geram bila isteri dia basuh baju mereka berdua. Bukan baju satu rumah.. Bila balik kerja si isteri hanya bertahan bebeapa minggu buat makan/ minum petang..

Masa raya, si isteri buat perangai. Tak mahu tidur satu rumah dengan sanak saudara. dia mahu berkeras mahu tidur hotel. Walaupun dia tahu hotel banyak penuh hari raya tu. Dan yang aku kesiannya si Nas tu kena ulang alik dari hotel ke kampung ..

Hati aku hancur bila dapat tahu yang dia akan jadi bapa. Anak dia comel. Serius comel.. walaupun dah ada anak, Nas tetap layan aku macam biasa. Dia ada ngadu yang si Isteri nya tak ikut pantang dengan betul. Dia tetap "nak" walaupun masih berpantang. Gatal bukan?

Lepas ada anak, si isteri tetap macam tu. Sibuk urus anak walaupun sebenarnya tak beberapa sibuk... Bila aku tanya bila nak tambah seorang, si Nas ni jawap Anak sorang tak betul lagi nak jaga.

Pernah sekali aku kantoi dengan wife dia.. Wife dia Call banyak kali. last2 aku bagitahu aku cuma adik angkat.. Ya si Nas pun jujur yang aku dan Nas macam adik abang. kadang2 bersayang-sayang.. Tapi jujur dia tak pernah sentuh aku...

Dia sekarang tengah buat bisnes. Mungkin nak tambah pendapatan. Mana tahu dia nak pasang aku sebagai isterinya  Hmmm

NANTIKAN PART 2 - BERCINTA 2 BERADIK UIA 

No comments

Powered by Blogger.