Header Ads

Warga Emas Di Sisih Keluarga Sendiri Kerana Membela Kucing

BATU PAHAT - Dek kerana kucing, nasib malang menimpa seorang warga emas dikenali sebagai Cheng, 62, apabila dia disisihkan keluarganya sehingga terpaksa tinggal di sebuah khemah di tepi parit, berhampiran Taman Emas, di sini.

Difahamkan, warga emas itu tinggal di khemah tersebut sejak lapan tahun lalu bersama lapan ekor kucing kesayangannya.
 Warga emas disisih keluarga kerana kucing
Dia hanya ditemani cahaya lilin dan tiada sebarang kemudahan asas lain.

Menurut Cheng, dia terpaksa membawa haluannya sendiri setelah disisih keluarga kerana tabiatnya yang suka membela banyak kucing di dalam rumah.

"Saya terpaksa tinggal dalam khemah ini dan adakala tak makan kerana tak ada duit nak beli makanan, hanya mengharapkan pemberian daripada orang ramai.

"Sejak tinggal di sini, tak ada seorang pun ahli keluarga saya mengendahkan kesusahan saya ini," katanya ketika ditemui.

Tambahnya, lebih memilukan dia pernah cedera akibat terjatuh di tepi parit beberapa tahun lalu dan terpaksa dirawat di hospital.

No comments

Powered by Blogger.