Antara Pokemon Go Dan Candy Crush, Candy Crush Lagi Addicted
Confession ni panjang… tapi berbaloi baca.
Baru2 ni, panas betul isu Pokemon Go dan fatwa pengharamannya…
Semua dok panas bila mufti keluarkan fatwa tentang perkara tersebut dan percayakah anda hampir 99% daripada golongan yang bash ni tak baca pun betul2 apa yang mufti tulis, apa sebabnya, dari segi apa, kenapa ianya dikeluarkan… semua melenting hempas laptop bila baca headline.
Semua dok panas bila mufti keluarkan fatwa tentang perkara tersebut dan percayakah anda hampir 99% daripada golongan yang bash ni tak baca pun betul2 apa yang mufti tulis, apa sebabnya, dari segi apa, kenapa ianya dikeluarkan… semua melenting hempas laptop bila baca headline.
Aku bukanlah peminat Pokemon Go, tapi in a way aku rasa game ni biasa2 je, takdelah sampai tahap haram. Aku pun install gak. Antara pokemon go dgn candy crush, candy crush buat aku lagi addicted.Dan itu daripada pemikiran aku sebagai orang awam biasa dengan ilmu tak seberapa.
Tapi, daripada pandangan mufti, mereka mungkin mengambil kira daripada pelbagai sudut dan ada ijtihad2 mereka. Jangan dok bash dorang seolah-olah kita ni dah mengaji agama bertahun. Kalau korang tak setuju dan nak proceed main, mainlah. Kita semua ada free will. Dalam agama takde paksaan tapi ada PANDUAN. Dah tu, janganlah dibash mufti tu. Boleh jadi kita memfitnah mereka. Macam rokok, ada yang ikut ada yang tak ikut. Kita ada akal dan ilmu, boleh buat pertimbangan mana yang baik buat diri sendiri.
Fyi, media cetak/elektronik dan seangkatan dengannya, diaorang tak bother pun nak explain panjang2 kenapa mufti tu keluarkan fatwa sedemikian, ataupun acanelah dia tetiba keluar fatwa pasal pokemon go tapi dota dan coc xde plak… tahu2 headline HAREMMM… (nanti baca perenggan bawah sekali)
Jadi tugas kita sebagai penerima maklumat ni untuk cari dan gali sendiri info tentang benda ni. Tanya soalan what, who, when, where, why, how sebelum terima apa2 maklumat. Kalau yang ni pun kau tak buat, alih2 nak melenting… memang senang rakyat kita ni nk kena tipu. Senang kena suap dengan media. Aku bukan cakap pasal ni je, apa2 maklumat pun bro/sis.
Dan banyak jugak komen yang aku tengok dok cabar mufti.. “Rokok haram, fatwa mana?”, “Tu pemimpin makan duit rakyat, awat mufti tak sound?” “Zina berlambak, sibuk fatwa pasal pokemon go?”…. Sedar tak sedar, kita terlalu cepat berkata-kata, Rokok dah lama dah difatwakan haram… tapi macam yang aku cakap tadi ada yang akan ikut dan ada yang tak… Riba, Zina pun dah memang jelas haram ada dalam Al-Quran, manusia yang tak ikut… Mufti dh jalankan tanggungjawab keluarkan fatwa, mungkin dari segi perlaksanaan, pihak berkuasa belum cukup efektif melaksanakannya… Dan, kita pun tak tahu apa usaha yang mufti amik utk bendung masalah pemimpin korup…zina…etc… Dakwah dia bukannya 24 jam kat tv dgn newspaper..
Mufti pun manusia, bukan maksum. Boleh ditegur… tapi hati2, janganlah sampai menegur di luar pengetahuan kita. Nanti jadi fitnah. Nak faham lebih lanjut, pi tengok page official mufti atau mana2 sumber yang sahih. Jangan sebab kita obses, fanatik… sampai mencaci-maki bagai.
Fatwa dibuat atas sebab persoalan mustafti (orang yang meminta fatwa). Tidak dibuat atas kehendak nafsu sesiapa dan tidak ikut hati. Memang tugas jabatan mufti antaranya mengeluarkan fatwa dan untuk implementasinya adalah pihak lain yang berwajib. Maka, ia dua hal yang berbeza. Isunya sekarang, segelintir media yang menampakkan seakan-akan Islam sebegitu. Jika tuan baca dengan teliti Bayan Linnas berkenaan, jauh berbeza dengan apa yanh dilaporkan media. Terima kasih atas pandangan tuan.
buka mata hati, tenangkan diri, fikir dulu.
tegurlah saya kalau ada silap…
tegurlah saya kalau ada silap…
– umat akhir zaman
Post a Comment