Anugerah Filem Terbaik Nasional Trofi Utama FFM28
PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memutuskan kategori Anugerah Filem Terbaik Nasional sebagai anugerah utama kebangsaan di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) yang bakal berlangsung pada 3 September depan.
Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata, kategori utama itu merujuk kepada filem terbaik yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai pertuturan filem selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan negara.
"Finas selaku penganjur mengambil setiap maklumbalas dan pandangan pemimpin, karyawan industri dan masyarakat sebagai medium perkongsian untuk menambahbaik penganjuran FFM di masa hadapan.
"Justeru itu, bagi Festival Filem Malaysia ke 28 ini, Finas memutuskan mekanisme baharu yang perlu dihormati dan dilihat daripada sudut positif oleh semua pihak," ujarnya menerusi satu kenyataan kepada media pada Jumaat.
Sementara itu, kategori Anugerah Filem Terbaik Malaysia FFM28 adalah anugerah terbaik festival kepada filem yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia dengan menggunakan sebarang bahasa yang dituturkan oleh rakyat negara ini sebagai bahasa pertuturan filem.
Selain itu, kategori Pengarah Terbaik dan Lakonlayar Terbaik bagi Filem Bukan Bahasa Malaysia telah dimansuhkan dan semua filem akan bertanding dalam kategori tersebut tanpa mengira bahasa.
Anugerah bagi kategori-kategori lain yang sebelum ini dipertandingkan tanpa mengira bahasa adalah dikekalkan.
Dalam pada itu, Mohd Khusairi berkata, satu perjumpaan antara Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Said Keruak bersama Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Seniman dan Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM) telah diadakan pada pada 16 Ogos lalu di Hotel Seri Pacific, dekat sini.
Katanya, penjelasan telah dibuat berkaitan mekanisme baharu FFM28 selaras dengan pemansuhan kategori Filem, Pengarah dan Lakonlayar Terbaik bagi Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia dan kewujudan Anugerah Filem Terbaik Berbahasa Kebangsaan sebelum ini.
"Persatuan telah menerima dengan baik pencerahan yang diberikan menteri seiring semangat untuk terus memartabatkan industri kreatif tanahair, memupuk perpaduan dan semangat toleransi pelbagai kaum, selain mempertahankan kedaulatan Perlembagaan, khususnya dalam soal bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi milik seluruh warganegara tanpa mengira kaum," ujarnya.
Tambahnya, Finas berharap semua pihak menerima keputusan ini tanpa prejudis dan polemik selari dengan objektif utama FFM sebagai pengiktirafan kerajaan kepada pencapaian dan kecemerlangan karyawan industri filem negara.
Malam perasmian FFM28 bakal berlangsung pada 1 September di Studio Soundstage, Finas, Ulu Klang.
Seterusnya, malam kemuncak festival berprestij itu bakal diadakan pada 3 September depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 9 malam.
Ia turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD
Tambahnya, Finas berharap semua pihak menerima keputusan ini tanpa prejudis dan polemik selari dengan objektif utama FFM sebagai pengiktirafan kerajaan kepada pencapaian dan kecemerlangan karyawan industri filem negara.
Malam perasmian FFM28 bakal berlangsung pada 1 September di Studio Soundstage, Finas, Ulu Klang.
Seterusnya, malam kemuncak festival berprestij itu bakal diadakan pada 3 September depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 9 malam.
Ia turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD
Post a Comment