"Buruk Sangat Ke Naskhah Saya?" - Pekin Ibrahim
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah muda Pekin Ibrahim terus meluahkan rasa kesal dengan sikap dan mentaliti sesetengah pihak yang terus mempertikai kelayakan naskhahnya dalam Festival Filem Malaysia 28 (FFM28).
Pekin, 36, berkata, perkara itu membuatkan dia begitu kecewa kerana ada di antara mereka itu pernah dijadikannya idola namun kerana sikap sebegitu, dia sudah hilang rasa hormat kredibiliti pihak tersebut.

“Buruk sangat ke filem saya sehingga pihak tersebut cuba mempertikaikan kewajarannya bertanding di FFM28? Mereka ini menonton atau tidak filem saya atau sekadar menilai pada tajuk?
“Sebenarnya mereka inilah yang mengajar saya jadi seorang fighter dan saya takut perkara ini kelak akan membuatkan saya jadi lebih kurang ajar dari mereka,” katanya kepada mStar Online.
Pekin ditemui pada sesi fotografi bersama barisan calon lima terbaik FFM28 di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur, di sini, Selasa.
Sementara itu kata Pekin lagi, filem arahannya Mat Moto - Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit yang mendapat lapan pencalonan dalam FFM28 menytifatkan karya itu begitu dekat dengannya.
Katanya, ia bukanlah sebuah naskhah yang memberi pengaruh negatif tetapi menerapkan mesej berunsur keagamaan secara tidak langsung.
“Syukur daripada lapan pencalonan, lima daripadanya adalah untuk saya di FFM28 dan terima kasih kepada pihak yang menghargai dan menilai karya ini dengan sewajarnya,” katanya.
Pekin menerima lima pencalonan untuk filem Mat Moto - Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit iaitu Pengarah Baharu Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Lakon Layar Terbaik Cerita Asal Terbaik dan Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan.
Malam kemuncak festival berprestij itu bakal diadakan pada 3 September depan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada pukul 9 malam.
Ia turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Dalam perkembangan lain, Pekin berkata filem kedua arahannya KL Wangan yaan bakal menjalani penggambaran bermula 20 Ogos ini selain baru sahaja menyiapkan sebuah filem dokumentari berjudul Madness of Borneo yang diarahkan oleh Raja Mukhriz.

Post a Comment