'Edrus anak yang hebat', ujar bapa
KUALA LUMPUR - "Edrus seorang kanak-kanak yang amat istimewa dan paling hebat. Seawal usia empat tahun dia sudah mahu ke surau solat jemaah.

Kehilangannya dengan cara begini memberi kesan besar kepada kami sekeluarga," luah bapa kepada kanak-kanak, Nor Amila Edrus Norsham, 5, yang mayatnya ditemukan di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, setelah dilaporkan hilang sejak 11 Ogos lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mayat ditemui sah Noor Amila Edrus]
Norsham Jalil, 63, berkata, dia sekeluarga reda atas apa juga yang berlaku namun berharap agar si pelaku mendapat balasan setimpal.
Katanya, dia menyerahkan kes itu kepada undang-undang untuk tentukan.
"Kami tiada masalah dalam keluarga. Sedih apabila ada yang tergamak buat Edrus begitu. Si pelaku memang tidak berhati perut,"katanya.
Tambah Norsham, dia tidak dapat membuat pengecaman kerana keadaan mayat yang tidak mengizinkan.
Darah diambil untuk ujian DNA bagi pengesahan rasmi.
"Jika dibenarkan, kami mahu tuntut dan kebumikan malam ini juga,"katanya.

Post a Comment