Ikhwan Kool FM akui dilamun cinta dengan Janda Anak Satu
KUALA LUMPUR: Penyampai Kool FM, Ikhwan, 33, mengakui sedang dilamun cinta dengan seorang ibu tunggal beranak satu sejak empat bulan lalu. Ikhwan atau nama penuhnya Mohd Khairul Ikhwan berkata, wanita yang dikenali sebagai Hidayu itu bekerja di bawah naungan syarikat sama dengan dirinya, Media Prima Berhad.

Ia juga hubungan cinta terbaharu personaliti radio terbabit selepas berdepan dugaan putus tunang sebanyak dua kali sebelum ini, masing-masing pada 2007 dan 2014.
"Sudah lama saya mengenalinya, cuma baru empat bulan lalu kami menjalinkan hubungan yang serius.
"Bagaimanapun, hubungan ini masih dalam peringkat mengenali hati budi. Paling penting, ibu bapa kami maklum mengenai perhubungan ini," katanya ketika dihubungi BH Online hari ini.
Ditanya mengenai pilihan kali ini, kata Ikhwan, status ibu tunggal disandang wanita berkenaan bukanlah masalah buatnya asalkan pasangannya itu bukanlah milik lelaki lain. Malah, Ikhwan menyifatkan jalinan cinta yang dilalui kali ini sangat berbeza kerana beliau turut dapat berkongsi kasih sayang dengan anak lelaki buah hatinya itu.
"Tidak seperti perhubungan sebelum ini, saya sendiri tidak sangka akan memilih seorang ibu tunggal. Asalkan saya tidak berhubungan dengan isteri orang, ia bukannya satu masalah.
"Seronoknya, saya turut dapat bermesra dengan anak lelakinya yang mempunyai sama minat dengan saya, iaitu bermain permainan video. Kiranya, kami boleh borak panjanglah," selorohnya.
Ikhwan turut berkata, memandangkan dirinya pernah mengalami peristiwa putus tunang beberapa kali, beliau enggan lagi melalui ikatan itu kali ini. Sebaliknya jika jodohnya sampai bersama wanita terbabit,
beliau mahu terus berkahwin.
"Begitupun, sekiranya keluarga mahu kami bertunang, mungkin saya tidak akan mengambil masa yang lama. Sebagai contoh, bertunang hari ini, esok terus nikah. "Lagipun pada usia yang semakin meningkat, rasanya sudah-sudahlah nak bertunang lama-lama," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Ikhwan turut tampil dengan sebuah lagu baharu, Percaya, dengan menampilkan penyanyi Didi Astilah. Lagu berkenaan bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini.

Post a Comment