Header Ads

KAJIAN: Wanita Cerewet & Lelaki Tak Ada Duit Punca Kahwin Lambat

Tiada pasangan yang sesuai antara punca utama wanita di Malaysia lewat berkahwin walaupun kebanyakan mereka menyatakan keinginan mendirikan rumah tangga di usia muda.



Kajian Keluarga dan Penduduk Malaysia Kelima 2014 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan 35.7 peratus wanita bujang memberikan alasan itu menjadi punca mereka membujang.

Manakala, sebanyak 56 peratus lelaki di Malaysia memberikan alasan tiada duit dan masalah kewangan punca mereka masih belum berkahwin.
Kajian yang dilakukan ke atas lelaki dan wanita bujang di Malaysia berusia 25 hingga 49 tahun mendapati 86 peratus daripada mereka ingin berkahwin.

FAKTA 1: Usia ideal berkahwin lelaki 28 tahun & wanita 26 tahun 



Usia ideal berkahwin bagi lelaki ialah 28 tahun dan wanita pula 26 tahu. Manakala, usia lewat berkahwin bagi lelaki pula 37 tahun dan wanita 33 tahun.

FAKTA 2: Punca utama lain lelaki kahwin lambat kerana tiada pasangan sesuai & kejar kerjaya


Dua punca utama lain kahwin lambat bagi lelaki ialah 18.4 peratus mengatakan tiada pasangan sesuai dan 9.4 peratus pula ingin mengejar kerjaya

FAKTA 3: Punca utama lain wanita kahwin lambat kerana masalah kewangan & kejar kerjaya

Manakala punca utama lain wanita kahwin lambat ialah 26 peratus mengatakan mempunyai masalah kewangan dan 18.1 peratus ingin mengejar kerjaya.

FAKTA 4: Lelaki lebih memilih wanita yang beragama & wanita pula mimilih yang bertanggungjawab



Dalam kriteria memilih pasangan pula, 39.6 peratus lelaki inginkan wanita yang beragama, manakala 47.1 peratus wanita inginkan lelaki yang bertanggungjawab.

No comments

Powered by Blogger.