Ketua ajaran sesat Ayah Harun meninggal dunia
KUANTAN - Ketua ajaran sesat 'Ajaran Harun', Harun Mat Saat, 50, disahkan meninggal dunia selepas Asar kira-kira jam 5.15 petang tadi di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Peguamnya, Hermes Media Putra Ibrahim berkata, Harun telah dimasukkan ke HTAA bagi menjalani pemeriksaan kesihatan bagi keupayaannya memberi keterangan membela diri di Mahkamah Tinggi Kuantan, 22 Ogos ini.

"Saya dimaklumkan dia terpaksa diberi bantuan pernafasan berikutan kekurangan oksigen.
"Bagaimanapun saya belum lagi mendapat maklumat terperinci punca kematiannya dan masih menunggu maklumat lanjut daripada keluarganya berkaitan postmortem yang dilakukan pihak hospital," katanya.
Difahamkan, ketua ajaran sesat itu pernah dimasukkan ke HTAA pada 2013 selepas mengalami simptom angin ahmar ketika dalam tahanan reman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
Harun dan lima lagi pengikutnya dituduh dalam satu dakwaan berkonspirasi membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lalu.
Harun dituduh melakukan kesalahan itu bersama isteri ketiganya, Azida Mohd. Zol, 33, pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40, dan tiga pengikut iaitu Jefferi Safar, 39, Sumustapha Suradi, 41, serta Shamsinar Abdul Halim, 39, bersama seorang lagi yang masih bebas.
Mereka didakwa melakukan perbuatan jenayah berkenaan di Nombor 7, Lorong IM 2/29, Bandar Indera Mahkota, di sini pada jam 1.50 petang.
Sementara itu, Pengarah HTAA, Datuk Dr. Ardi Awang telah mengesahkan bahawa Harun meninggal dunia kira-kira jam 5.15 petang tadi.

Post a Comment