Tak Dapat Bayangkan Jika Ada Anak - Cikgu Sunyi Berjauhan
KUANTAN - Masalah guru terpaksa berjauhan dengan pasangan turut dilalui Syarza Ismail, 27, yang sudah lima kali buat permohonan, tetapi gagal menyebabkan dia hampir putus asa untuk mohon pertukaran ke semenanjung.

Dia yang bertugas di Sabah kecewa apabila permohonan dibuat gagal dengan alasan pertukaran ‘dibekukan’.
“Saya di Sabah, suami di semenanjung... bukan saja isu duka lara timbul, tetapi terpaksa keluarkan belanja yang banyak sebab kos sara hidup tinggi.
“Tambahan pula, tiket penerbangan pergi dan balik perlu ditempah awal dan berebut ketika tiket murah,” katanya yang sudah setahun mendirikan rumah tangga dan belum dikurniakan cahaya mata.
Menurutnya, dia tidak dapat membayangkan kehidupan sesudah mendapat bayi kelak.
Justeru itu, dia berharap kenyataan dikeluar Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang akan mengatasi kemelut guru mendapat perhatian sewajarnya pengurusan kementerian berkenaan.
Sementara itu, Yusni Hafiza Yusof, 36, bersyukur dengan kenyataan menteri mengenai keresahan guru yang berjauhan dengan pasangan.
Beliau yang sudah tiga tahun tinggal berjauhan terpaksa berulang alik setiap minggu dari Karak-Paka-Dungun semata-mata untuk bertemu suami.
“Cadangan untuk mengatasi masalah ini sangat baik kerana jika difikirkan banyak risiko yang terpaksa kami alami kerana berulang-alik dari jarak yang jauh.
“Selama tiga tahun mengajar di Bentong, sudah tiga kali saya mohon pertukaran, tapi hampa apabila diberitahu gagal.
“Kami hanya boleh jumpa lama pada musim cuti sekolah saja kerana cuti hujung minggu kami tak sama,” katanya.

Post a Comment