Header Ads

Jangan Pernah Lahirkan Anak Luar Nikah Terutamanya Hasil Dengan Suami Orang’

Assalamualaikum. Serba salah sebenarnya untuk menceritakan perihal yang satu ini. Kerana ianya tidak ubah seperti membuka pekung di dada. Namun aku amat memerlukan pandangan pembaca , pandangan pembaca tentunya tidak bias memandangkan kalian tidak mengenali siapa diri ini.  Suatu ketika dulu diri nekad untuk tidak lagi jatuh cinta dengan mana-mana lelaki, bukan kerana kecewa sangat dengan insan bernama lelaki, tetapi sedar akan diri sendiri yang tidak layak untuk berada di samping lelaki bergelar suami. 
Image result for hamil
Hanya kerana aku pernah tersilap langkah, mempunyai anak luar nikah, itu pun dengan suami orang, aku membawa diri jauh dari orang-orang yang mengenali diriku. Asalnya aku memang tidak kisah menjadi isteri kedua pada dia, tetapi apabila bersemuka  dengan isteri pertama dia, entah kenapa aku tidak tergamak menghancurkan hati  wanita itu, mungkin kerana ketika kami berjumpa dia sendiri sarat mengandung, atau kerana dia terlalu baik, soft spoken, atau kerana Allah taala yang menyedarkan aku. Akhirnya aku membawa diri dengan benih hasil perhubungan haram.
Disini, dibumi asing pada aku, walau masih dalam Malaysia, aku membesarkan anak seorang diri. Aku bernasib baik  kematian orang tua sebelom aku menghilangkan diri,  ketika itu juga wujud conflik dalam pembahagian tanah, jadi bila aku pergi tanpa dikesan ramai yang beranggapan berpunca dari konflik tersebut.
Disini, aku berkenalan dengan seseorang yang boleh aku anggap baik. Baik sehingga aku rasa tidak layak untuk berjalan seiring apalagi untuk tidur sebantal. Dia juga dari semenanjung.  Aku Cuma anggap dia sebagai kawan rapat, sebab itu aku bercerita tentang kisah silam kepada dia. Namun semakin lama kami semakin rapat, yang mana dia sanggup menerima aku seadanya. Pada aku, mana ada lelaki yang boleh menerima  perempuan seperti aku, kalau  ada pun saat bergaduh di kemudian hari nanti, ketika ada perselisihan faham mesti di ungkit.
Lagi aku risau, boleh ker dia menerima anak aku sebagai anaknya? Apa perlu aku buat? Terima dia sedangkan dia memberitahu  keluarganya yang aku seorang janda?adakah pengakhiran yang baik bagi sesuatu perhubungan yang dimulakan dengan satu pembohongan? Atau perlu aku minta dia berterus terang  terlebih dahulu, tengok reaksi mereka? Sesungguhnya aku takut untuk membuat keputusan

No comments

Powered by Blogger.