Ayat Terakhir Lafaz Taklik Kejutkan Pasangan Pengantin . Apa Yang terjadi?
Jika tiga pemenang Projek Bestnya Kahwin sebelum ini dikenakan prank berat pada hari persandingan, pasangan pemenang bulan Oktober dari Kedah ini menerima kejutan yang berbeza.
Mendapat kerjasama dari Imam Masjid Derga Alor Setar Ustaz Abdul Hadi Awang, beliau memberi kejutan kepada pasangan mempelai dengan meminta pengantin lelaki membacakan erti lafaz taklik sebagai tanda si pengantin memahami apa yang dibaca sebelum ini.
Bacaan dilafazkan dengan lancar dan diakhiri dengan sebaris ayat yang langsung tidak sangka iaitu mereka telah memenangi peraduan “Bestnya Kahwin”.
Dengan nada sedikit terkejut, pengantin lelaki tersenyum saat melafazkan teks yang bertulis “Saya Mohammad Al-Hafiz Bin Saad dan isteri saya, Nuraziliyana Binti Ismail telah berjaya memenangi Projek “Bestnya Kahwin” anjuran Pesona Pengantin bersama Poh Kong yang bernilai RM10,000”.
Aksi spontan pengantin perempuan dan ibunya turut mencuri perhatian tetamu yang hadir. Air mata kegembiraan dua beranak mengalir sebaik sahaja si suami mengumumkan berita gembira tersebut.
Memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Nuraziliyana benar-benar tidak menyangka dia dan pasangan telah memenangi hadiah lumayan tajaan Poh Kong bersama majalah Pesona Pengantin itu.
“Kami tidak pernah merasakan yang kami akan memenangi peraduan ini kerana saingan sangat sengit dan peluang yang ada hanya 50-50.
"Namun saya tidak pernah berputus asa dan tetap berusaha meminta kaum keluarga serta rakan-rakan mengundi kami.
"Selain itu, saya juga sering memuat naik tentang peraduan ini di laman sosial untuk mendapatkan undian yang lebih tinggi.
"Alhamdulillah, usaha saya itu tidak sia-sia. Malah saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengundi,” jelas Nuraziliyana yang tidak lekang memberikan senyuman.
Projek Bestnya Kahwin yang bermula bulan Julai lalu menawarkan hadiah lumayan bernilai RM 10,000 tajaan Poh Kong untuk satu pemenang setiap bulan.
Peraduan yang terbuka untuk mereka yang bakal mendirikan rumah tangga ini akan berakhir bulan Disember nanti.

eraduan yang terbuka untuk mereka yang bakal mendirikan rumah tangga ini akan berakhir bulan Disember nanti.

Post a Comment