Header Ads

Fizie Hot FM Di Kecam Bermulut Celupar

Minggu lalu Joyah sempatlah menyibuk hadir ke rakaman siaran langsung semi final Muzik-Muzik Ke-31. Sengaja nak memeriahkan majlis selain nak menyokong rakan komposer yang turut sama bertanding. Maklumlah, Anugerah Juara Lagu (AJL) dah 31 tahun dianjurkan dan merupakan rancangan muzik paling lama bertahan di negara ini.

Image result for fizi hot fm

Kalau bukan Joyah yang sudah sekian lama berada dalam industri hiburan tempatan, siapa lagi yang nak menyokong? Betul tak?
Okaylah, semua pun dah tahu senarai 12 lagu yang layak ke AJL31, jadi Joyah malas nak bercerita lanjut mengenai acara yang bakal berlangsung pada 22 Januari depan itu.

Cuma Joyah sebenarnya nak tegur sikitlah sikap pengacara pada malam itu iaitu Fizie yang memberi komen tak sepatutnya usai Caliph Buskers mempersembah lagu Hingga Ke Jannah nyanyian asal KRU.

Perlu ke Fizie nak membuat perbandingan dengan mengatakan nyanyian Caliph Buskers lagi sedap berbanding KRU? Secara terbuka tau. Hello, awak siapa?

Datuk Ramli MS yang jadi ketua juri pun tak semberono cakap macam tu dan tahu hormat nilai orang industri kita tau.

Tidak habis di situ sahaja, selang dua hari selepas itu ketika konsert 3 Juara diadakan di lokasi sama, rakan sekerja Fizie di stesen radio Hot FM iaitu Amar pula buat hal yang sama.

Selesai saja peserta Salma dan Aqeem berduet mendendangkan lagu Terakhir yang dipopularkan penyanyi Sufian Suhaimi, Amar terus mengeluarkan kenyataan tidak sedap didengar. Dia macam ‘menghukum’ Sufian secara tidak langsung di situ.

“Mungkin awak boleh gantikan Sufian di Juara Lagu nanti. Nyanyian kamu berdua lebih sedap didengar,” komen Amar selaku pengacara program realiti berkenaan.

Perghhh, menyirap pula Joyah dengar, walaupun kita ni bukanlah peminat kepada Sufian pun.
Bukan apa, kalau ya pun Fizie dan Amar ada pendapat peribadi, selaku rakan artis yang sama-sama cari makan dalam bidang seni, perlu ke komen celupar semacam itu?

Selaku pengacara, nampak sangat Fizie dan Amar tak profesional dalam membuat ulasan, apatah lagi tempias ‘carutan’ yang terkena pada muka KRU dan Sufian setelah dimalukan dalam sebuah program TV yang disiarkan secara langsung.

Hendak bergurau ke, nak tunjuk kreatif ke, berpada-pada okay, baru orang lebih hormat pada diri kita.

No comments

Powered by Blogger.