Header Ads

Kualiti Vokal Ziana Tidak Seperti 20 Tahun Dulu

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ziana Zain berharap peminat tidak meletakkan harapan tinggi terhadap kualiti vokalnya seperti mana zaman kegemilangannya 20 tahun dahulu pada Konsert High Note 2016 yang bakal berlangsung pada akhir November ini.

Image result for ziana zain

Ziana atau Siti Roziana Zain berkata, peminat perlu menerima hakikat vokalnya mengalami perubahan sejajar dengan peningkatan usianya kini yang memasuki 48 tahun.

"Sehingga hari ini masih ada yang merasakan vokal saya seperti dahulu dan mampu menyanyi dengan nada tinggi seperti zaman anak dara dahulu.

"Harus saya akui sejajar dengan peningkatan usia vokal saya turut mengalami perubahan dan bukannya seperti dahulu.

"Saya sekarang menyanyi ikut keselesaan dan seadanya umur saya dan paling penting saya selesa," katanya kepada mStar Online.

Ziana ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Istana Budaya di sini, Khamis.

Selain Ziana, konsert itu nanti turut menampilkan Jaclyn Victor dan Azlan The Typewriter.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Konsert High Note 2016 bakal berlangsung pada 25 hingga 27 November di Panggung Sari, Istana Budaya.

Dalam pada itu, Ziana berkata, dia tidak melihat konsert ini sebagai miliknya dan kehadiran Jaclyn dan Azlan adalah sebagai pasukan dalam menjayakan persembahan itu nanti.

Kata Ziana, dia gembira digandingkan dengan kedua-dua penyanyi itu kerana mereka mempunyai keserasian selain memiliki kelompok pengikut tersendiri.

"Setiap dari kami mempunyai kelebihan masing-masing dan kami adalah satu pasukan pada konsert itu nanti.

"Paling penting kami akan memberikan persembahan yang terbaik untuk semua penonton yang datang pada tiga malam konsert itu nanti," katanya.

No comments

Powered by Blogger.