Nasihat saya, jangan sampai buat loan untuk kahwin. Sebaliknya berkahwinlah pada sekadar kewajaran dan kemampuan bukan untuk memuaskan hati orang lain kita pula terpaksa tanggung hutang. Mudah meminjam tapi memulangkannya yang susah. Carilah isteri yang boleh menerima kamu seadanya kamu. Jika tidak, tinggalkan sahaja kerana dia bukan selayaknya untuk kamu? Saya pernah dahulu berada dalam industri perkahwinan. Betul perkahwinan ialah satu industri sedangkan yang wajib bagi kami lelaki ialah maskahwin yang tidak sampai kamu berhutang. Saya sendiri sering melihat bagaimana pembaziran berlaku pada kadar di luar kemampuan diri. Hanya nak ikutkan trending sahaja.
Kepada bapa-bapa kepada anak gadis dan anak bujang, permudahkan perkahwinan anak bila sampai cukup umurnya. Belum tentu lelaki yang meminang anakmu dengan puluhan ribu RM hantaran menghantar wang sendiri, ia mungkin pinjaman yang anak kamu juga perlu bayar sehingga anakmu melahirkan cucumu nanti. Jangan fikir anak anda berkahwin dengan lelaki yang kaya tetapi kahwinkanlah anakmu kelak mereka akan kaya bersama. Begitu juga bagi ibu bapa Si Lelaki.
Sederhana dan permudahkan perkahwinan. Rukun nikah masih lagi ada 5 dan bukannya 50 dengan senarai yang mahal dan semakin mengarut-ngarut.
Post a Comment