Saya Bayar Cukai RM 1 Juta Sebelum Ini – Che Ta
Dikecam netizen gara-gara isu cukai tertunggak, pelakon Rozita Che Wan sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah lari daripada membayar cukai pendapatan selepas aktif dalam bidang perniagaan.
Menurut Che Ta, beliau sebelum ini sudah melangsaikan cukai sebanyak RM 1 juta.
Sebelum ini, saya sudah membayar separuh daripada tunggakan cukai pendapatan. Dan sekarang saya sedang berusaha untuk melangsaikan sebahagian bakinya. Jadi, ini bermakna saya bukan lari atau tidak bayar langsung. Setiap tahun saya bayar cukai kepada LHDN.Cuma jumlah tunggakan cukai itu terlalu tinggi dan semestinya saya memerlukan sedikit masa untuk membayar semua tunggakan itu. Saya sudah bayar separuh daripada cukai pendapatan yang mencecah hampir RM1 juta itu.
Mengakui merasa ralat kerana tidak dapat menyambut hari jadi Aaisyah Dhia Rana yang ke 2 di London, Che Ta bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung kerana sudah melakukan pelbagai persiapan untuk majlis berkenaan.
Setiap bulan saya ke luar negara, jadi bila disekat ini rasa ralat lah. Kena perlahan-lahan bayar sampai habis. Kalau tidak sangkutlah semua percutian saya.
Tidak apa Che Ta, anggap sahaja selepas ini mungkin ada rezeki yang lebih besar buat anda sekeluarga. Ini juga memberi peringatan untuk semua agar mencari maklumat jika anda boleh ke luar negara ataupun tidak sebelum melakukan sebarang rencana.
Post a Comment