Setiap Apa Yang Berlaku Ada Hikmahnya – Elly Mazlein
Bukan itu sahaja, Elly juga dikritik oleh Ogy Ahmad Daud yang merasakan Elly memang patut dikeluarkan kerana beliau hanya “berdrama” di atas pentas. Pendek kata, Elly agak teruk juga menjadi bahan kritikan bukan?
Namun, Elly tidak menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak dan menganggap apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri.
Saya percaya semua yang berlaku ada hikmah. Saya sentiasa berfikiran positif dan menganggap cabaran yang datang sebagai dugaan.Saya tetap menyokong dan mendoakan sahabat-sahabat di GV 3 yang sudah saya anggap seperti adik-beradik sendiri. Jika ada masa saya akan ke Auditorium MBSA untuk memberikan sokongan.
Pada masa yang sama, Elly meluahkan rasa syukur kerana sejak beliau menyertai GV 3 beliau sudah mula menerima beberapa undangan nyanyian dan bakal menjadi duta produk.
Saya berterima kasih kepada Astro kerana memberikan saya platform ini dan Alhamdulillah, sejak menyertai GV 3 saya mengumpul peminat baru dan sudah mula menerima undangan nyanyian.Selain itu, saya juga dirisik untuk menjadi duta beberapa jenama dan semua itu rezeki dari Allah untuk anak saya, Putri Sara Sefhia.
Sudah ditakdirkan Elly tiada rezeki di GV 3 tetapi dengan kehendakNya beliau menerima pelbagai lagi tawaran lain diluar sana. Apa yang penting, Elly harus kekal tabah dalam apa jua dugaan yang mendatang.
Post a Comment