Vokal Dikritik, Faizal Tahir Minta Harris Baba Diberi Peluang
PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer lagu Katakan, Faizal Tahir meminta orang ramai memberi masa untuk penyanyi baharu seperti Harris Baba memperbaiki kelemahannya sebagai penyanyi.
Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 38, berkata, dia percaya kesungguhan dan matlamat yang ada pada penyanyi baharu itu lebih penting berbanding sekadar suara yang sedap.
"Saya tidak tonton persembahannya pada malam Semi Final Muzik-Muzik 31 pada Jumaat lalu, tapi sebelum ini saya ada terima maklum balas tentang suara dia. Tapi bagi saya, dia masih baru dan harus diberi peluang untuk develop menjadi seorang artis yang lebih baik.
"Tidak kisah suara penyanyi itu sedap atau tidak kerana yang penting semangat dan matlamat mereka untuk berada dalam industri. Ada artis suara sahaja sedap tapi tiada matlamat, itu pun tidak bagus," ujarnya kepada mStar Online.

Post a Comment