Menyamar jadi doktor untuk jual insurans di Sekolah
Pada 28 mac 2016, seorg yang bergelar sebagai Doktor Al Khuwaled telah datang ke sekolah Taman Seroja di Sepang untuk Memberi Taklimat berkenaan Kesihatan, Rawatan dan kesan kewangan. Walaupun kejadian ini telah berlaku lama dan telah kami bongkarkan, tetapi kami ingin menceritakan balik agar menjadi pengajaran kepada kita
Dia mengaku bahawa dia mempunyai kepakaran dalam bahagian jantung dan sekarang ini berkhidmat di Hosp Putrajaya.
Bukan setakat memberi ceramah kesihatan, dia juga cuba menyelit perkara2 lain seperti pengurusan kewangan dan akhirnya mempromote kan jualan insurans dia.
Beberapa fakta yang kami dpt cungkil drpd perkara ini
1) Nama Al Khuwaled tidak tersenarai pun di dalam senarai doktor2 yang berdaftar di Malaysia. Ini bermaksud Al Khuwaled bukanlah doktor seperti yang dia canangkan.
Anda semua boleh semak pada link ini: Cuma masukkan nama dia sahaja
http://www.mmc.gov.my/v1/index.php/medical-register
2) Ironinya, tiada pakar cardiology(pakar jantung) pun yang berkerja di Hospital Putrajaya. Kes2 yang berkaitan dgn jantung, kebanyakkannya di rujuk kepada Hospital Serdang.
3) Sangat jarang kita mendengar doktor pakar yang juga berkerja sebagai penjual insurans. Hanya doktor penipu seperti khuwaled sahaja yg menjual insurans.
4) Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia, scammers menggunakan gelaran doktor untuk mendapatkan kepercayaan org biasa dan seterusnya menjalankan kerja penipuannya. Dalam kes ini, dia menyamar sebagai doktor supaya dpt menjual insurans
5) Disebabkan sistem perundangan kita yang tidak tegas melawan puak2 penipu yang menyamar sebagai doktor, prof, datuk dan sebagainya, maka mereka berleluasa merebak bagaikan cendawan yang baru tumbuh lepas hujan
6) Rakyat pun menjadi semakin tidak cerdik disebabkan mengikut pemahaman mereka yang akan dilaknat Allah ini.
Kami menasihati kepada pihak sekolah tersebut dan juga mana2 pihak yang menerima jemputan ceramah drpd mana2 doktor supaya menyemak dahulu status penceramah tersebut agar anda tidak ditipu oleh puak2 yang cuba mencari keuntungan dunia yg sedikit dgn cara menipu.
--DM--
KREDIT : Pseudoscience Watch
Post a Comment