Nitizen Bangsa Cina Bengang, Kek Non-Halal Di Larang Masuk ke McD
Satu notice di keluarkan oleh MCD Malaysia yang tidak membenarkan makanan luar di bawa masuk kecuali Kek Hari Jadi. Namun Kek yang dibenarkan adalah hanya yang halal sahaja. Namun ada segelintir mereka terutama bangsa cina yang seakan-akan tidak bersetuju dengan polisi tersebut..
Kepada pelanggan yang dihormati,Kami memohon maaf di atas segala salah faham yang timbul berikutan notis kek harijadi Halal sebelum ini.Sebagai syarikat yang memberi perkhidmatan kepada semua lapisan rakyat Malaysia, kami tidak berniat untuk mewujudkan diskriminasi terhadap sesiapapun. Di McDonald’s, kami mengamalkan polisi “Tiada makanan luar dibenarkan”; walau bagaimanapun kami membuat pengecualian untuk kek harijadi memandangkan ia penting dalam meraikan sesuatu yang istimewa.Namun begitu, bagi mengekalkan status Halal, kami harus memastikan semua produk yang dinikmati di restoran kami adalah Halal, mengikut piawaian JAKIM.Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah memberi buah fikiran dan pendapat berhubung perkara ini. Apa yang penting, kami amat menghargai keprihatinan semua pihak yang berkongsi pandangan dengan kami, dan kami akan terus membuat penambahbaikan untuk menjadikan McDonald’s sebagai restoran pilihan untuk semua rakyat Malaysia.Dengan Ikhlas,
McDonald’s Malaysia
Post a Comment