Header Ads

Ayai Berkecil Hati Dengan Edry KRU , Tak Puas Hati Isu Royalti Lagu Ciplak Syamel

TIDAK mahu menyalahkan Syamel Aqmal sepenuhnya atas tindakan penyanyi muda itu yang didakwa menciplak melodi asal miliknya, Ayai Ilusi sebaliknya menzahirkan rasa terkilan terhadap Edry Abdul Halim, pemilik DD Music yang menerbitkan lagu Hidup Dalam Mati 

Image result for ayai

Berkata kepada Mega HITSperbincangan antara Edry dan Datuk M. Nasir selaku pemilik syarikat penerbitan Luncai Emas yang menerbitkan lagu Ku Kejar Bayangmu tanpa kehadirannya sebagai komposer amat dikesali.

“Menerusi perbualan telefon dengannya, Edry bersetuju untuk berjumpa dengan saya dan M. Nasir terlebih dahulu. Tetapi kesudahannya, persetujuan pengagihan royalti sebanyak 50 peratus dicapai tanpa adanya saya.

“Hal tersebut disampaikan kepada saya menerusi pengurusan Luncai Emas dan sebagai komposer, saya tidak menyenangi tindakan Edry itu.

“Saya baru sahaja berjinak-jinak dalam penulisan lagu, apabila hak saya cuba dinafikan dengan pembayaran royalti sebanyak itu sahaja, manakala selebihnya diberikan kepada Syamel. Di mana letaknya kredibiliti seorang komposer?

“Edry juga seorang komposer, sepatutnya dia tahu membuat penilaian terhadap sesebuah karya itu. Syamel hanya menyanyikan single berkenaan dan cuma menggubah sedikit pada bahagian chorus. Selainnya adalah hak cipta saya sendiri yang perlu dipertahan,” luah Ayai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin, 54.

Tambah juara Gegar Vaganza musim pertama itu, dia amat mengagumi bakat yang dimiliki pemenang tempat kedua AF2015. Sebab itulah isu ciplak yang disedarinya seminggu sebelum berlangsungnya final program realiti tersebut dibiarkan dulu.

Menurut Ayai, kualiti vokal Syamel sangat bagus dan memerlukan lagu terbaik untuk mengetengahkan bakatnya lebih jauh serta memberi peluang kepada anak muda itu mengecapi nikmat bergelar penyanyi.


No comments

Powered by Blogger.