10 Kerja Sambilan Online Patut Cuba
Zaman sekarang, ramai yang akan mencari kerja sambilan. Tak kiralah anda sudah ada kerja tetap di sektor awam, kerja di sektor swasta mahupun kerja menerusi bisnes sendiri; saya sebagai blogger sepenuh masa pun kadang mencari peluang untuk buat kerja sambilan ini. Sebenarnya banyak peluang seperti ini yang boleh direbut di internet. Ia adalah kerja sambilan online - perlu ada komputer, dan perlu ada akses internet.
Ada banyak kerja sambilan online yang boleh anda dapat. Ini adalah kerana semakin hari semakin banyak peluang terbuka, samada dari orang perorangan (soho) mahupun syarikat besar. Kebanyakan darinya adalah terdiri daripada golongan yang ada bisnes secara online atau yang menjalankan perniagaan atas talian. Ini mengakibatkan permintaan terhadap remote-worker atau pekerja sambilan jarak jauh secara online meningkat dengan ketara.

10 Kerja Sambilan Online Patut Cuba
Jika anda perhatikan, market Malaysia juga adalah market yang kuat untuk kerja sambilan online ini. Ramai internet marketer dari luar negara melihatkan Malaysia adalah hub untuk memperoleh pekerja sambilan online yang baik, mana tidaknya ... boleh dikatakan lebih 30 peratus pengguna internet Malaysia adalah aktif, terutama di media sosial.
Ada lebih 10 kerja sambilan online yang ada diiklankan di merata tempat - di dalam blog, di dalam laman web, di facebook, di instagram, di twitter .. anda akan perasan iklan-iklan ini yang menawarkan banyak kerja sampingan dan sambilan untuk wang. Iklan kerja sambilan tersebut adalah ..
Keperluan paling penting untuk mohon kerja-kerja sambilan online ini ialah ..

- Data Entry - Memasukkan data dari satu program lain ke program lain, contohnya dari email list ke database seperti Microsoft Excel atau Access.
- Words Typing - Menulis kembali perkataan/perenggan daripada sumber seperti PDF yang tidak boleh diedit kepada Words ataupun ke dalam email; atau kepada sumber lain.
- Translator - Penterjemahan
- Proof Reading - Selalunya diberikan untuk perenggan teks di dalam surat jualan, email atau sumber word untuk pastikan ayat dan perkataan adalah betul dari segi ejaan dan sebagainya; selalunya job ini diberikan selepas penterjemahan dibuat.
- Web Research - Mencari sumber maklumat untuk dimasukkan ke dalam surat jualan, testimoni pengguna, rujukan fakta tertentu dan sebagainya.
- Virtual Assistant - Membantu untuk kemaskini data pelanggan, approve jualan, hantar email bantuan kepada pengguna dan menghantar invois.
- Market Survey - Memberikan input dalam bentuk angka untuk para internet marketer luar negara bagi membolehkan mereka buat target pasaran.
- Copywriter- Ubah ayat surat jualan yang tertumpu kepada market tempatan .. contohnya, pernah lihat laman web promosi Forex tak? Syarikat forex trading dari luar negara, tetapi isi kandungannya tertumpu ke market Malaysia yang ditulis dalam bahasa Malaysia .. agak-agak siapa yang susun ayat dan tulis semula dari sumber asal? Itulah kerja si Copywriter.
- Copytyping - Salin tampal .. mudah.
- Content Writer - Menulis isi kandungan ke dalam satu-satu laman web tetapi di dalam bahasa berlainan atau salin dan ubah ayat dari sumber lain.
Keperluan paling penting untuk mohon kerja-kerja sambilan online ini ialah ..
- Komputer
- Akses Internet
- Tahu Berbahasa Inggeris
- Tahu Menggunakan Perisian Asas seperti Words, Access, Google dan sebagainya...
Ada link syarikat² yang mengambil pekerja tanpa bayaran dan pekerja Secara online dlm bdang data entry atau words typing ?
ReplyDelete