Header Ads

Izara Aishah Sudah Bertunang Dengan Adib Khalid

‘Diam-diam ubi berisi’ rupanya Izara Aishah ni, bukan ‘berisi’ sebab Izara mengandung atau gemuk.. Hahaha.. Menerusi akaun Twitter, Izara dah memuatnaik satu tweet yang menggambarkan seperti dirinya bakal berkahwin tak lama lagi..

Kahwin dengan siapa ni? Ramai peminat yang beranggapan Izara bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya yang merupakan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Adib Khalid tak lama lagi.. Elok sangat la tu kalau betul Izara nak kahwin, dah lama sangat rasanya pasangan ini menjalinkan hubungan cinta..

Dah ke hulur ke hilir bawa anak dara orang, masih lagi fikir tak mahu kahwin tu yang orang lagi pelik..Dalam tweet itu Izara sempat menyindir ‘haters’ yang selalu mengkritiknya, bahawa hubungan yang terjalin antara Izara dan Adib tak akan berkekalan..

Menerusi akaun Instagram, Izara ada juga memuatnaik gambar dirinya sedang pakai cincin dengan kapsyen ‘sempurna’.. Dua status yang buatkan ramai peminat tertanya-tanya dan timbulkan banyak spekulasi..

Adakah itu menandakan dirinya dah pun bertunang dengan Adib dan bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi? Dah nak kahwin dengan Adib takkan tak mahu maklumkan pada media.. Anak tiri Siti Nurhaliza mesti kahwin ‘grand’, mana boleh sembunyikan dari media.. Hahaha.. Tunggu dan tengok jelah ye.. -

No comments

Powered by Blogger.