kanak-Kanak Mengemis Bantu Ibu Lunaskan Hutang Ah Long
SEREMBAN – Terdesak mahu membayar hutang ah long, ada segelintir ibu bapa dikesan sanggup mempergunakan anak- anak mereka yang masih kecil menjadi pengemis jalanan untuk mendapat wang.
Tindakan tidak bertanggungjawab tersebut terbongkar apabila 11 mangsa terdiri kanak- kanak dan remaja di sekitar bandar ini dipercayai dijadikan peminta sedekah berjaya diselamatkan Polis Negeri Sembilan.
Ketua Polis negeri, Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, kes pertama direkodkan di negeri ini membawa kepada penahanan seramai tujuh perempuan dan empat lelaki berusia dari tiga hingga 18 tahun di tiga rumah berasingan di Taman Rasah Jaya.
“Kanak-kanak ini diarah menjadi pengemis atau peminta sedekah bagi mendapatkan sumber kewangan untuk ibu bapa yang berhutang dengan ah long.
“Mereka juga akan merayau di jalanan dengan menjual tisu dan barang-barang kegunaan sembahyang bagi mendapatkan kewangan selain meraih simpati orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Bersama Warga Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah sempena peringatan Hari Polis 209, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mohammad Hapil, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun.
Menurut Jaafar, setakat ini, belum ada tangkapan dibuat dan pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada maklumat berkenaan tepat atau sebaliknya.
"Kita bimbang ia disalahtafsirkan masyarakat dan siasatan perlu dijalankan.
"Semua mangsa kini diletakkan di rumah perlindungan dan kita sedang mengesan ibu bapa mereka dan penjaga yang terlibat dalam kes ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, kata beliau, pihaknya akan melebarkan usaha bagi membantu warga Taman Sinar Harapan dengan mencari dana sumbangan dari pelbagai pihak serta badan bukan kerajaan (NGO).
"Kita akan aturkan lawatan Perkep (Persatuan Keluarga Polis) ke sini setiap bulan untuk hulurkan bantuan dan bantu apa sahaja yang diperlukan.
"Ini adalah tanggungjawab yang perlu dipikul semua pihak dan anak-anak ini perlu diraikan agar tidak tersisih dengan masyarakat.
"Insya-Allah kita akan dapatkan apa sahaja bantuan yang diperlukan," katanya.

Post a Comment