4 keajaiban ayatul kursi yang aku alami
Asalmkm semua, salam ramadhan buat admin dan pembaca. Jika confession ni di approve, maka terima ksh admin.
Aku nak kongsi psal ayatul kursi.
Dari kecil mak selalu pesan, sebelum keluar rumah baca ayatul kursi, baca ayat penggerak, dan 3 Qul.
Aku ni pemalas. Jadi kalau rajin aku cuma baca ayatul kursi ja. Tu pun kalau rajin.
Satu hari aku balik dari sekolah, ada anging tengah makan tepi jalan. Bila dia sedar aku ada kat situ, dia mula menyalak dgn tunjuk gigi taring dia. Aku ni jenis takut ngan anjing, memang gelabah masa tu. Anjing tu memang dah bersiap sedia nak kejar dah. Aku kenal anjing tu. Dia gila sikit. Milik jiran aku.
Aku teringat mak pesan, baca ayatul kursi masa kita takut dan dalam keadaan bahaya. Aku pun baca, kaki aku dah start langkah nak lari. Tapi belum sempat habis, anjing tu lari ketakutan. Tadi garang bukan main. Tu keajaiban pertama Allah tunjuk bila yakim dengan ayat al quran.
Kedua masa aku bawa kereta. Ada polis tengahh check road tex(btul ke tak eja ni) time tu aku gelabah sbb baru perasan aku road tex aku dah tamat. Ada la dua tiga buah kereta dan motor kena tahan di bahu jalan. Aku ingatt pesan mak. Baca ayatul kursi. Ulang baca sampai tuba giliran aku. Redha ja klau kena. Tapi polis tu macam tak nampak aku. Dia kasi aku jalan. Terkejut aku time tu. Ni satu keajaiban aku alami.

Ketiga masa aku pergi pejabat pos. Masa tu ramai sangat orang. Bila ambil nombor giliran memang beratus la nbor aku dapat. Aku pun baca ayatul kursi. Moga Allah mudahkan segala urusan aku. Tiba2 datang sorang kakak bagi aku nombor. Dia terambil dua nombor. Seronok bukan kepalang, nombor aku dalam dua ratus something dan aku dapat nombor 100 something di mana nombor tu tunggu lagi 3 nombor lain je nak sampai giliran dia. Ajaib.
Keajaiban keempat aku dapat lecturer yg panas baran sikit. Benda kecil pun dia nak sergah. Aku pulak tak leh ngan orang garang macam ni, aku gelabah. Bila time presentation memang ada ja group yang kena marah ngan dia. Aku pun baca ayatul kursi. Teringat pesan mak, kalau jumpa org zalim,kejam dan garang baca ayat kursi dan hembus kat dia. Dengan izin Allah dia lembut hati. Aku pun buat,baca tujuh kali. Diam2 aku hembus dari jauh. Kikiki…alhamdulillah setiap kali group aku present, dia x pernah marah. Macam tak ada apa2.
Aku pernah alami pngalaman histeria. Tapi aku tak kena. Dulu aku ada msuk politeknik. Masa tu orentasi. Aku memg dh biasakan diri, paling malas aku baca ayatul kursi,kalau rajin aku baca la doa penggerak dan lain2 surah. Alhamdulillah aku di lindungi Allah. Hampir semua pelajar permpuan kena histeria masa tu. Allah jaga aku.
Disebabkn dh terbiasa amal, bila aku mimpi seram aku terbaca juga dalam mimpi. Aku pernah kena tindih. Aku baca ayat kursi ni dalam keadaan separa sedar sampai aku terjaga sendiri.
Aku da sorang adik. Bila suruh amal ayatul kursi, dia tak berapa percaya. Dia ego. Satu hari entah macam mana tangannya terlekat dlam bekas besi. Kalau nak ikutkan mustahil tangan tu boleh masuk ke dalam, kecil je lubang. Berhempas pulas la aku dok tolong dia. Berjam juga la. Masa dia duduk nak rehat sekejap, aku suruh dia baca ayatul kursi. Moga Allah mudhkn. Bila habis saja dia baca, entah macam mana tangan dia terkeluar dri bekas besi tu. Mudah ja. Dia pun mcm tak percaya.
Disini aku kngsi dgn korang bukan nk suruh korang obses ngan ayatul kursi. Tapi nak korang yakin dengan ayat al quran milik Allah. Yakin dan amal. In sya Allah kita akan di lindungi Allah.
Dulu aku hanya amal ayat kursi, sbb yg tu ja aku tahu selain al fatihah. Tapu sejak Allah tunjuk kekuasaannya aku dh belajar bc Al quran, dn cb hafal surah lain.
Ayat al quran semua hebat belaka. Kerana yang mencipta adalah Allah. Yakin dan amal.
Sekian.
– cik s
Post a Comment