Header Ads

Mayat mak nyah dalam bagasi

Filipina – Seorang mak nyah cantik, Barbie Ann Reilly, 23, ditemui mati dengan kesan berlumuran darah dalam sebuah bagasi di Bacoor, Filipina, baru-baru ini.
Mayatnya ditemui dalam kedudukan mengiring dan dibalut dengan plastik hitam.
Pihak polis telah menahan suspek yang dipercayai membunuh mangsa iaitu teman lelakinya sendiri, Che Yu Tsai.
Suspek berjaya ditahan selepas pihak polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kondominium yang menghubungkan mereka dengan jenayah yang dilakukan suspek.
Keterangan daripada pengawal keselamatan bertugas merupakan antara saksi penting apabila dia yang mula menemui kesan kecurigaan melibatkan pasangan berkenaan.
Kes bunuh mak nyah
Ketika melakukan rondaan waktu pagi di tingkat 11, pengawal terbabit ternampak pintu rumah Barbie terbuka dan curiga dengan keadaan itu dia mengetuk sebelum memasuki rumah apabila ketukannya tidak berjawab.

Sebaik memasuki unit kediaman itu, dia menemui kesan tompokan darah di lantai dan dinding rumah mangsa.
Daripada hasil pemeriksaan polis menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat kali terakhir memasuki rumahnya dengan teman lelaki pada jam 11.40 malam, Jumaat lepas.
Namun, pada keesokan harinya, Yu Tsai dilihat keluar dengan membawa sebuah bagasi dan daripada rakaman, suspek kelihatan seperti menghadapi kesukaran membawa beg tersebut seolah-olah ia terlalu berat untuk diangkat.
Mayat Barbie kemudian dicampak di kawasan hutan lebuh raya berhampiran kediaman mangsa.
Hasil soal siasat, suspek dipercayai membunuh ‘teman wanitanya’ kerana dia kerap meminta wang daripadanya.
Barbie atau nama sebenarnya, Del Rosario telah ditikam di leher sehingga menyebabkannya maut.

No comments

Powered by Blogger.