Header Ads

Pesanan Dan Amaran Buat Kakak Dan Abang Ipar Semasa Berhari Raya - Adik Bongsu

Di musim nak raya ni aku nak confess (juga boleh dibaca sebagai warning) kepada adik beradik dan ipar duai tentang ADAB berkumpul sesama family besar!



1. KAU MENANTU SAHAJA
Bunyi macam kasar kan? Nak nasihat sikit kat ipar duai WANITA ni. Kalau kau dah balik rumah mak mertua, korang tak payah nak berdengki sesama korang siapa yang buat kerja banyak, siapa yang penat tolong mak mertua, siapa itu, siapa ini. Buat je kerja yang mana korang mampu. Kalau tak mampu, tak larat, bagitau kat laki korang, mintak tolong dia cover, lepas tu pergi la korang nak berehat ke hape ke. Korang menantu je, bukan hamba. Tak perlu nak buat baik macam malaikat. Pekak kan telinga kalau orang nak kata apa. Dah la busuk hati berdengki, korang pergi hasut pulak adik2 ipar supaya benci biras kau. Habis berpecah belah family aku.

2. BERAYA DI RUMAH MAK MERTUA
MENANTU, tak payah nak ajak geng bas sekolah korang ke opis korang ke datang beraya rumah mak mertua. Korang sibuk layan diorang, mak mertua, adik2 ipar dgn biras yg tengah sarat mengandung yang bersilat kat dapur buat air segala. Tak kisah la kalau mak mertua dah bagi keizinan sekali pun atau korang akan sediakan segala juadah tetamu korang. Fikir juga dalam rumah tu ada orang lain yg sesama pegang title tuan rumah. Nak jemput kenkawan korang sila buat di rumah mak bapak sendiri atau di rumah korang suami isteri. Setel!

Aku tahu kau menantu yg urban, orang bandar, kalau balik beraya kat kampung tak payah nak komplen itu ini. Adat duduk kt rumah kampung memang sempit. Nasib kau la kahwin dengan orang kampung, pastu orang susah pulak tu. Siapa suruh kau terima jugak family susah macam kitaorang ni.

3. JAGA AURAT SESAMA IPAR DUAI
Ye, rumah kita rumah kampung. Abah kita tak mampu nak buat toilet dalam setiap bilik. Ade toilet 2 tu je kat dapur. Yg TUAN RUMAH pun, tak payahla nak menonong berkemban dgn towel je pergi toilet dengan buat wayang free tali bra hitam kau. Kau masih ada adik beradik lelaki yg dah berbulu, bersunat & berkahwin yg tengah melepak kat dapur & ruang tamu ni. Hormat sikit!

MENANTU WANITA pun tak payah nak buat home sweet home sgt. Seperti yg aku bgtau, kami ada adik beradik lelaki yg dah berbulu, bersunat & berkahwin yg tengah melepak kat dapur & ruang tamu ni. Walaupun nak pergi tandas untuk kecing sahaja, minta jasa baik pakai baju yg menutup aurat, hujung kaki ke hujung rambut. Tak payah nak buat gadis ayu era 80an. Rumah aku ada paip air, korang tak perlu mandi dgn air perigi yg memerlukan pakaian mandi berupa kain batik!

**Bukan setakat nak pergi toilet je, pakaian rasmi mesti yg menutup aurat selama korang berada di rumah mertua, depan ipar duai.

ANAK & MENANTU LELAKI, tak payah nak cool selamba siput babi sangat pergi toilet dengan towel shj. Kita masih ada ipar perempuan. Hormat mereka. Mereka adalah isteri kepada adik beradik kita. Walaupun dada bukan aurat tapi jaga adab. Pakai tshirt dgn towel. Dah masuk toilet nanti, korang nak bogel macamana pun suka hati la. Stail memasing.

***P/s : point ni berkecuali utk rumah yg ada toilet dalam bilik.

4. TAK PERLU PERBANDINGAN
Ipar duai WANITA la yg biasa sangat dengn benda ni. Tak payah keluar ayat2 nak compare diri sendiri dgn orang lain. Ada part yg kau tak sedar kau tu menyusahkan orang sebenarnya walupun kau rasa kau buat tu kekononnya nak mempertahan mak mertua. Tak payah nak jadi langsi tunjuk hero sgt. Mak aku ada anak. Kau tu menantu, orang luar yg diupgrade je. Sedar diri sikit.

MAK MERTUA tak payah nak compare2 menantu. Tu takdir anak kau! Sedar diri sikit anak kau bukannya baik sgt. Depan kau mcm malaikat, belakang mcm syaitanirrojim! Kau apa tau..

5. MENANTU JAUH VS MENANTU DEKAT
MENANTU JAUH, dah la balik sekali sekala je pun, nak mengomel itu tak kena, ini tak kena. Kau tak tahu apa yg orang dalam rumah ni dok hadap seharian. Dah balik sekali sekala tu, tunjuk rajin lebih sikit. Nak ambik hati mak mertua sgt kaaan…

MENANTU DEKAT, selalunya dia ni la yg kena jaga mak mertua, dok sekali dgn mak mertua, mengadap kerenah adik2 ipar & perangai entah pape mak mertua. Mak mertua & adik beradik jgn dok cari gaduh dgn menantu dekat ni. Bila dia takmau datang rumah kita, adik beradik kita jugak yg pening kepala, last2 end up kita nak gather adik beradik pun payah. Mak kita jugak yg sedih2 anak dia tak balik. Nanti susah2, sakit2 nak mintak tolong dengan yg dekat2 ni, bukannya yg jauh tu. Dia pn ada mak bapak, biarkan dia balik beraya rumah mak bapak dia dulu. Hari2 mengadap kita sekeluarga, dia pun meluat jugak tau tak?

Benda2 ni based on aku tengok family aku. Ada yg aku rasa silap di pihak family aku. Pepandaila adapt. Tuan rumah jaga adab sbg tuan rumah. Org datang rumah kita layan sama rata. Tetamu pn datang rumah org jangan dok langsi sgt memerintah, buat macam rumah sendiri.

– Tuan rumah


Disebabkan aku tgk confession aku terlajak laris sgt org mengutuk yg tidak paham, di sini aku nak jelaskan beberapa perkara.

1. Aku anak bongsu drp 11 orang adik beradik
2. Aku lelaki, umur 27 tahun
3. Mak aku ade lg, ayah dah takde
4. Aku belum kahwin tp ade 5 orang cucu sedara
5. Aku dah kerja tp masih di bawah ketiak mak

Situasi tu adalah PENGAJARAN berdasarkan beberapa peristiwa yg terjadi dalam family besar aku, yg aku nak share supaya sesama jadi GUIDELINES korang. Nak amik pengajaran, amik la. Taknak amik, dok dediam.

Well, memang aku observe pun family aku supaya mereka tak tergelincir ke lembah pergaduhan besar yg boleh memecahbelahkan ahli keluarga. Sebagai anak bongsu, mostly segala cerita dalam family aku, aku yg menadah telinga bila mak bercerita, mengadu psl ipar2 dan adik beradik aku. So aku tahu ok. Cerita 2 belah pihak, 4 belah pihak, almost semua aku tahu.

Kepada yg sentap dgn bahasa aku, korang either mmg jenis tak paham sarcasm ataupun korang obviously dah buat salah yg aku takde pun nyatakan tapi korang sendiri yg suka2 nak menunjukkan korang salah. Orang lain boleh pn ada otak dan akal, bukan kau sorang kak! Kalau aku buat bahasa puitis karang takde orang nak baca plk. Tu bahasa simple yg jelas menusuk kalbu, direct to the point atau ringkasannya sarcasm!

Kenapa aku ckp jgn bergaduh dgn menantu dekat (boleh dibaca sbg org dekat2)? Sebab akan ada satu ketika, dlm kau tgh nazak, sesak tak boleh nak mintak tolong menantu jauh2 tu, kau tak malu ke nak pergi mintak tolong dgn menantu dekat yg kau dah buat taik tu? Menantu dekat dgn menantu jauh ni, baik dia ada beza yg besar! Fikir2 la.

Sebab tu aku state kat situ, aku sedar ada silap dari belah family aku jugak, bukan dari menantu mak ayah aku. Sebagai mertua, pada aku sebolehnya dengan menantu tak kira jauh atau dekat, tak kira kaya atau miskin, layan sama rata, macam layan anak2. Sebagai adik beradik, kita pn ada batas jugak walaupun tu rumah mak bapak kita, tu adik beradik kita. Bukan sesenang hati boleh masuk campur rumahtangga anak2 or adik beradik. Contoh dr segi aurat. Takkan la aku nak mandi bogel dgn akak aku yg no 10 tu mcm zaman kecik2 dulu hoi. 7tahun lepas aku dah serahkan kpd abg ipar aku utk tugas2 mandi dgn dia.

Sekarang kan zaman asyik menantu je yg salah, so, aku dgn baik hatinya tekan kan apa yg menantu perlu sedar untuk buat dan tak perlu buat. BUKANNYA NAK POINT SALAH MENANTU! Sebab apa? Sebab kekadang yg korang menantu2 buat boleh mendatangkan bala kat kami 1 family tau. Contoh dalam isu dengki mendengki tu. Korang dengki sesama korang, kami adik beradik ni yg tergugat silaturrahim tau. Yg si A tu bini si B, yg si C tu bini si D. Kalau dah tahap tak balik sebab sesama sendiri tak ke susah hati mak? Mak mertua baik tahap bidadari pn boleh masuk Tanjung Rambutan dan aku yg si bongsu ni jugak la yg susah.

Tengok, kalau taip secara formal ni jadi membebel dgn panjang pulak. Takpe la. Apa yg aku nak cakap last sekali adalah, GUIDELINES tu mostly apa yg arwah ayah pesan sebelum dia pergi dulu. Sesama hormat menghormati, tu kunci utama. Tapi biasa la bila family besar2 ni ade je yg terasa kat mana2. Payah nak check, post mortem satu2 masa rowcall. Mampos tak tido sampai pagi raya haji.

Ikut korang la nak paham macamana. Ambil jernih buang yg keruh.

– Tuan Rumah

No comments

Powered by Blogger.