Erra Fazira Tidak Ambil Serius Anak Gagal Kuasai BM
KUALA LUMPUR: Pelakon Erra Fazira tidak mengambil serius apabila dia dituduh gagal mendidik anak perempuannya, Engku Aleesya apabila kanak-kanak itu dilihat gagal menguasai bahasa Malaysia dengan baik.
Erra, 42, sebaliknya berkata, sebagai ibu dia tahu tanggungjawabnya dalam mendidik Aleesya termasuk memastikan anaknya itu mampu menguasai bahasa ibundanya itu dengan baik.
"Dia masih kanak-kanak dan ini bukan soal bahasa apa yang dia kuasai tetapi sebagai ibu saya kena mendidiknya agar semua perkara seimbang.

"Secara dasarnya dia memang lebih selesa berbahasa Inggeris tetapi sekarang saya sering bercakap dalam bahasa Malaysia dengannya.
"Ia satu proses dalam mendidiknya dan kritikan orang terhadap saya atau pun anak saya tidak menjadi kudis," katanya kepada mStar Online.
rra ditemui pada majlis pelancaran wangian Forget Me Not dan Loveable bawah jenamanya di Hotel Royale Chulan di sini, Selasa.
Dua minyak wangi tersebut adalah kerjasama di antara Erra dan Hot Perfumes dan Air Fresheners Industries Sdn Bhd.
Terdahulu, Erra memuat naik video bersama anaknya di Instagram dan menyakat kanak-kanak berusia tujuh tahun itu berbahasa Malaysia.
Ia mendapat reaksi negatif daripada netizen yang menganggap Erra perlu lebih proaktif dalam mengajar anaknya menguasai bahasa ibunda.
Dalam pada itu, Erra berkata, dia tidak pernah berhasrat untuk membentuk anaknya menjadi seorang kanak-kanak urban seperti didakwa sesetengah pihak.
Sebaliknya kata Erra, sebagai ibu dia mahu melihat Aleesya membesar dengan jati diri seorang Melayu yang kuat.
"Jika ada kesempatan pulang ke kampung saya selalu dedahkan dia dengan pelbagai perkara yang biasa saya lakukan semasa kecil.
"Tiada istilah nak jadikan diaurban kerana ia tidak benar," ulasnya.
Malah kata Erra, dia berasa pelik apabila ada pihak mengatakan Aleesya tidak pandai bergaul dan hanya mendekati individu tertentu sahaja.
"Dia sebenarnya seorang yang pemalu dan tidak mudah rapat dengan orang baharu dikenalinya.
"Bukan dia sahaja malah ramai lagi kanak-kanak seusianya yang lambat mesra dengan orang tidak dikenali," ujarnya lagi.

Post a Comment