Header Ads

Bapa Dan Rakan Di Penjara, Rebut Anak Dengan Bekas Isteri Hingga Cedera

PETALING JAYA - Kes video perebutan anak yang menjadi viral bulan lalu, sehingga menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak berusia tujuh tahun ditegur mahkamah.

Gaduh rebut anak: Ahli perniagaan, rakan dipenjara

Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Salamiah Salleh berkata, tertuduh, Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman, Mohd Akmar Ashraf Ishak, Muhammad Afiq Md Nor dan Mohamad Nazurin Mohd Zaini tidak menunjukkan contoh tidak baik kepada kanak- kanak berkenaan.

"Kamu telah meninggalkan kesan mendalam kepadanya dan dia (kanak-kanak terbabit) boleh mengingati kejadian itu sehingga dewasa," katanya.

Salamiah berkata, hukuman yang diberikan kepada tertuduh diharap menjadi iktibar pada masa akan datang.

"Apabila kamu melakukan kesalahan, nama kamu akan direkodkan  sebagai penjenayah iaitu mempunyai rekod lampau.

"Apa yang mahkamah harapkan, jadikan ia sebagai iktibar," katanya.


Salamiah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara sehari bermula hari ini dan denda RM900 terhadap kesemua tertuduh.

Kesemua mereka juga berhadapan dengan hukuman penjara tambahan 20 hari sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Terdahulu, ahli perniagaan, Khairul Muzamil, 32, penerbit teknikal stesyen televisyen, Mohd Akmar, 32, pembantu peribadi,  Muhammad Afiq, 32 dan Mohamad Nazurin,25, yang juga ahli perniagaan mengaku bersalah mengganggu ketenteraman awam dan melakukan gaduh gempar.

Kesalahan itu dilakukan di perhentian bas hadapan Sekolah Kebangsaan Bandar utama 4, Jalan BU 4/6, Damansara Utama dekat sini, jam 3.30 petang pada 23 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin mengikur Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, bapa kepada kanak- kanak itu, Mohd Adli Effendy Mohd Zaki mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama.

Salamiah membenarkan jaminan Mohd Adli RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 November depan untuk serahan dokumen.

Berdasarkan fakta kes, Mohd Adli yang merupakan bekas wartawan telah membuat temujanji dengan bekas isterinya untuk menghantar anak perempuannya di lokasi.

Tiba- tiba berlaku pergaduhan antara keluarga bekas isterinya termasuk Khairul Muzamil, Mohd Akmar, Muhammad Afiq, dan Mohamad Nazurin, terhadap Mohd Adli sehingga menyebabkan kesemua pihak mengalami kecederaan.

No comments

Powered by Blogger.