Sedih Tengok Ibu, Pelajar Berhenti Sekolah Dan Kerja Menoreh Getah Sepenuh Masa
RANTAU PANJANG - Seorang remaja 15 tahun, sanggup berhenti sekolah dan bekerja sebagai penoreh getah sepenuh masa demi keperluan keluarganya di Kampung Tok Pelanduk.
![Berhenti sekolah jadi penoreh](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_sJbw-Axby-aTNnWx5fpsG7BH_1vH2oFJK8J0Sn9PD7gRLRKACJ1nJlQwfPrizSKU7d28slRpQLQ0XY9DgC9axhWlUtBPbYRW29ShHZ1aVKOXNGxqzy-nONhZmRP0eW1eCcgkCYm13jA1QuvfY0wr7Ecz_WDMdBK9cw1iobRtflwfXHIVhNSE-vsdkUHLRMcs-ts8V1TpM_Hw=s0-d)
Ikmal Haikal Rosdey, 15, berkata, dia tidak lagi menjejakkan kaki ke sekolah hampir dua tahun lalu lalu kerana sedih melihat keadaan ibunya membanting tulang demi menjaga tiga lagi adik-beradiknya yang lain.
Bekas pelajar di salah sebuah sekolah Arab ini berkata, upah diterima dapat digunakan untuk membeli beras dan keperluan dua lagi adiknya yang masih bersekolah di tingkatan satu dan enam tahun.
"Jika saya tak berkorban, siapa nak tolong kami. Sebelum ini, setiap kali diminta oleh guru, saya malu dengan kawan-kawan kerana saya tak mampu bayar yuran sekolah.
"Lebih baik saya berhenti, sekurang-kurangnya saya dapat pastikan dua lagi adik saya berjaya dalam pelajaran," katanya.
Ikmal yang mendapat keputusan 2A, 2B dan 1D dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) beberapa tahun lalu berharap, adik-adiknya dapat menghargai pengorbanannya yang sanggup berhenti sekolah demi masa depan mereka.
Sementara itu, ibu, Rosaida Deraman, 36, berkata, selain Ikmal, anak sulungnya, Siti Nur Diana Rosdey, 17, juga tidak ke sekolah sejak dua bulan lalu.
Menurutnya, dia mungkin malu dengan rakan-rakan kerana tidak mempunyai wang untuk melunaskan yuran persekolahan.
Rosaida yang juga ibu tunggal berkata, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterima digunakan sepenuhnya untuk membeli makanan harian.
"Anak-anak sering sembunyikan surat amaran daripada pihak sekolah kerana tak mahu saya sedih.
“Anak ketiga saya juga sering menangis dan tak mahu ke sekolah kerana ada pihak menakut-nakutkannya dengan memberikan gambar murid yang gagal melunaskan yuran di depan perhimpunan," katanya.
Katanya, dia terpaksa menebalkan muka dan meminta sedekah daripada penduduk di kampung ini untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
"Jika Ikmal sanggup korbankan masa depannya, maka saya juga perlu berusaha lebih gigih untuk sara persekolahan dua anak yang masih kecil," katanya.

Post a Comment