Kalau Ibu Kuat , Aidil pun Akan Kuat - Aidil Aziz
Pelakon drama Lara Terindah, Aidil Aziz dan dua rakannya berdepan hukuman mati di tali gantung selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dan memiliki senjata berbahaya selepas ditangkap oleh pihak polis kira-kira dua minggu lepas.
Aidil dan dua lagi rakan beliau iaitu Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez, 33, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari Sabtu lepas.
Untuk pengetahuan anda, Omar Sayeed merupakan anak kepada seorang Datuk Seri manakala R. Guevara merupakan rakyat Filipina. Menurut portal Kosmo, tiada pengakuan yang direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh berkenaan.
Menerusi satu sumber yang dipecayai, Aidil Aziz kini berada di Penjara Sungai Buloh.
Assalamualaikum. ..tadi sy pi jumpa ibu Aidil. Kata dia Aidil sihat alhamdulillah. Skrg dia ada kat penjara sg buloh. Aidil bgtau ibu dia masa lawatan, kalo ibu kuat...aidil pun kuat. Layanan pada aidil juga baik. Berseri muka aidil, tak cengkung dahKami harap Aidil Aziz adalah mangsa keadaan. Harap dipemudahkan..
Post a Comment