Header Ads

Menyusukan Bayi Dengan Susu Ibu Sambil Berbaring Amat Berbahaya. Beri Perhatian 6 Risiko Ini

Tertidur semasa menyusukan bayi adalah perkara biasa di kalangan ibu menyusu. Biasanya ibu-ibu yang sudah mempunyai lebih seorang anak sangat cekap dalam bab menyusukan bayi sambil berbaring.
 
Ramai suka memberi bayi susu ibu sambil berbaring kerana inilah masa untuk berehat selepas penat seharian bekerja atau melakukan kerja-kerja rumah.

Sebenarnya mengikut dunia perubatan, menyusukan bayi sambil berbaring sangat tidak digalakkan kerana berisiko menyebabkan bayi lemas dan sukar bernafas (terutama bayi baru lahir).

Ada juga kalangan ibu yang jenis mempunyai susu ibu yang banyak. Walaupun bayi tidak menghisap, susu tetap mengalir, bahkan selepas dilapik dengan pad penyusuan pun ia masih laju keluar. Dalam kes begini, sebaiknya ibu perah terlebih dahulu susu ibu sebelum terus menyusukan bayi kerana susu yang keluar terlalu laju berisiko menyebabkan bayi tersedak. Jika anda ibu yang mempunyai aliran susu ibu laju, janganlah beri susu kepada bayi sambi baring atau pun tertidur. Ia memang bahaya!

Berikut adalah antara alasan mengapa ibu patut mengelakkan daripada menyusukan bayi baru lahir sambil berbaring.

1. Kedudukan kurang selesa
Apabila ibu menyusukan bayi sambil berbaring, tentu sahaja ibu berkedudukan mengiring. Sedangkan bayi berada pada salah satu sisi payudara ibu. Dalam keadaan berbaring, bayi yang sedang menghisap puting ibu berkemungkinan sesak nafas sehingga boleh lemas dan jika dibiarkan terlalu lama dalam keadaan lemas boleh membuatkan bayi meninggal dunia.

2. Bayi sesak nafas
Semasa menyusukan bayi, ibu hendaklah memastikan puting payudara betul-betul masuk ke dalam mulut bayi dengan sempurna. Kalau dalam kedudukan berbaring, dibimbangi payudara ibu menutup saluran pernafasan bayi. Susu ibu yang terus mengalir dalam mulut bayi, boleh menjadikan keadaan semakin teruk Saluran pernafasan yang tertutup sekiranya tidak dibetulkan dengan cepat, boleh membawa maut.

3. Tertindih bayi
Kemungkinan tertidur semasa menyusukan bayi sambil berbaring adalah tinggi. Dalam keadaan tertidur ibu tidak sedar sekiranya badannya tertindih atau menghimpit bayi yang sedang menyusu. Kemungkinan juga tangan atau kaki ibu boleh menindih bayi tanpa sedar. Bimbang pula tanpa sedar ia menyebabkan bayi lemas akibat tak boleh bernafas.

4. Ibu mudah mengantuk
Secara automatik apabila kita berbaring di atas katil, otak akan menghantar signal kepada mata untuk tidur. Sebab itu bila kita berbaring terutama di atas katil, sambil menyusukan bayi, kita akan terus tertidur ditambah dengan badan yang letih dan lesu.

5. ganggu kesihatan bayi
Ditakuti susu ibu yang dihisap bayi tidak masuk dengan betul ke dalam perut bayi. Ketika menyusukan bayi sambil berbaring, susu ibu akan masuk ke dalam tekak. Dari tekak ia masuk ke dalam paru-paru. Kemungkinan susu ibu untuk berkumpul dalam paru-paru bayi amat tinggi. Ini boleh menyebabkan masalah dalam paru-paru bayi.

6. Susu ibu boleh masuk dalam telinga
Risiko tinggi apabila menyusukan bayi sambil berbaring iaitu susu ibu boleh masuk ke dalam telinga bayi. Susu ibu mungkin boleh menitik ke dalam telinga bayi tanpa ibu sedar. Akibatnya bayi boleh terkena jangkitan telinga.

Daripada semua risiko tersebut nyatalah menyusukan bayi sambil berbaring amat tidak digalakkan kerana berisiko terjadi perkara yang tidak diinginkan. Ibu disarankan mengetahui cara menyusukan bayi dalam posisi yang betul dan selesa kerana ia juga menjadi faktor penting susu ibu diserap sempurna oleh bayi.

No comments

Powered by Blogger.