Nitezen Kecoh Bila Afgan Peluk Rossa
KOLABORASI dan kemesraan Afgan Syahreza dengan Datuk Rossa untuk lagu Kamu Yang Ku Tunggu sangat menjadi buah mulut para peminat.
Setiap kali mereka tampil melakukan persembahan pentas dalam situasi mesra, pasti mengundang teka-teki peminat apakah benar kedua-duanya ada cinta?
Bahkan, setiap kali juga apabila Afgan mahupun Rossa memuat naik foto mesra, laman sosial mereka dipenuhi komen netizen yang rata-ratanya bertanyakan perihal sebenar apakah sedang menyembunyikan rasa cinta?

Kemesraan dan keintiman mereka sekali lagi menjadi kecoh saat tampil dalam persembahan perasmian St Regis Langkawi, Malaysia, baru-baru ini. Sambil menyanyi, dua penyanyi pop itu saling berpelukan mesra.
Foto mesra mereka banyak dirakam peminat dan dimuat naik juga dengan video persembahan. Meski berbeza usia 11 tahun, namun ramai peminat mendoakan Afgan dan Rossa bertemu jodoh.
Bahkan, ada netizen yang memuat naik status kononnya melihat Afgan dan Rossa mengenakan cincin yang sama
Apabila ditanyakan sendiri, baik Afgan mahupun Rossa menjelaskan hubungan akrab yang sudha terjalin sejak enam tahun lalau adalah sebatas kawan rapat sahaja dan bukannya cinta sepasang kekasih.
Afgan baru melancarkan single terbarunya Kunci Hati manakala Rossa pula single Jangan Hilangkan Dia. Khabarnya Rossa bakal tampil dengan produk terbarunya dalam waktu terdekat ini.
Tidak sahaja bergelar penyanyi top di negara sendiri malahan Malaysia, Singapura dan Brunei, Afgan dan Rossa turut ligat sebagai ahli perniagaan.
“Saya ada bisnes pusat karaoke di beberapa daerah Indonesia termasuk Jakarta, Medan dan Palembang. Begitu juga bisnes pakaian atas jenama Carnival. Saya juga terlibat dalam bisnes korporat.
“Duit yang diraih hasil nyanyian, saya labur dengan betul dalam perniagaan. Selebihnya saya simpan, jangan sampai habis.
“Dalam bisnes juga harus bijak dan tahu selok-belok terutama memilih rakan kongsi yang betul iaitu yang boleh dipercayai,” ujar Afgan yang sangat ngetop dengan lagu Jodoh Pasti Bertemu, Terima Kasih Cinta, Padamu Ku Bersujud, Bukan Cinta Biasa, Panah Asmara, Pesan Cinta, Percayalah (duet dengan Raisa) dan banyak lagi.

Post a Comment