Kecil Hati Dengan Mak Sendiri, Abang Sendiri Suka Mengungkit - Kisah Gadis U "Dekan"
Assalamualaikum.
Okay first niat aku cerita benda ni sebab aku tak tahu nak cerita kat siapa and macam mana aku nak mulakan cerita. Nak cerita kat kawan, nanti aku yang malu. So lebih baik aku cerita kat org yg tak tahu identiti aku.

Adik beradik aku 9 org, aku anak bongsu. Selama aku hidup 22 tahun memang aku duduk dengan mak abah aku. Dari kecik, aku sedaya upaya belajar sungguh sungguh untuk buat mak abah aku bangga. Sekolah rendah aku selalu dapat nombor 1 dalam kelas. UPSR aku dapat 5A. Aku dapat tawaran sekolah berasrama penuh, tapi abah tak bagi sebab takut tak mampu. Ok aku ikut cakap abah sebab taknak susahkan abah. Masuk sekolah menengah, aku selalu dapat calon Perfect Score. PMR aku dapat 7A. Aku dapat tawaran Sekolah Berasrama Penuh lagi tapi macam biasa abah tak bagi. Sampailah SPM aku dapat 8A 2B 1C. Lepas SPM abah aku meninggal so masalah kewangan tu makin bertambah. Aku dapat tawaran Universiti tapi kali ni aku senyap sebab aku tahu mesti semua tentang. Aku kerja kilang, kumpul duit perlahan lahan, sampai lah aku masuk satu kolej bersekutu UiTM. Eh ada pulak duit masuk kolej? Sebab aku kumpul duit utk pendaftaran. Tak dapat masuk U, dapat kolej bersekutu jadilah. Sebab impian aku dari kecik nak masuk U. Sepanjang 3tahun belajar, aku survive pakai duit sendiri. Sabtu ahad aku kerja part time hotel. 8pagi sampai 5petang dapatlah dalam RM40 itu pun kalau ada event baru org hotel panggil. Balik kerja dapat bungkus makanan itu pun kalau ada lebih. Aku survive beli buku semua guna duit PTPTN. Pernah aku mintak kakak abang aku duit tapi masing masing cakap tak ada duit. Okay aku diam dan tak mintak lagi. Ada duit aku makan tak ada duit aku diam.
Sepanjang 3tahun (6 semester), 5 semester aku dapat Dean List. Aku bagitau family aku, tak ada siapa peduli. Aku bagitau mak aku, mak aku cuma cakap "Baguslah belajar rajin rajin". Kawan kawan aku semua jealous dgn aku sebab aku pandai. Mak ayah kawan kawan aku semua suruh anak dia orang belajar dgn aku, mintak tips belajar dgn aku. Sedangkan family aku? Tak ada seorang pun cakap Tahniah atau appreciate apa yg aku dapat. Setiap kali ada majlis anugerah, semua bawak mak ayah. Aku? Aku sorang 😊
Habis belajar, aku dapat ANC. Aku bangga sangat, aku bagitau family aku dan macam biasa dia orang tak respon apa apa. Konvokesyen aku bulan November, tapi bulan September dia orang dah plan nak pergi bercuti bulan November. Kau tahu apa aku rasa? Sedih yang teramat sangat. Aku merayu dekat mak aku supaya teman aku masa konvo, tapi mak aku cakap tiket kapal terbang dah beli. Seminggu sebelum konvo, semua pergi bercuti aku sorang dekat rumah makan hati menjeruk perasaab. Hari konvo tiba, aku pergi sorang. Habis konvo aku keluar dewan, aku nampak mak mengusap kepala anaknya, aku nampak abang bagi bunga kat adiknya, aku nampak kakak memeluk erat adiknya. Aku lari pergi tempat sunyi, aku nangis. Aku nak merasa semua tu! Aku belajar rajin rajin sebab nak family aku bangga dengan aku!
Aku dapat tawaran kerja Eksekutif Pemasaran, aku belum ada harta. Aku mintak tolong abang hantar pergi kerja setiap hari. Sebulan je abang tolong itu pun bising hari hari ungkit penat, hari hari mintak duit minyak. Aku hantar surat resign sambil menangis. Aku tak tahu kenapa aku kena hadap semua ni.
Setengah tahun aku menganggur, aku hantar resume dah semua berjaya tapi aku ada masalah pengangkutan. Aku tak tahu nak mula dari mana. Kawan kawan aku semua dah bekerja. Dalam aku menganggur, abang akak aku sindir aku.
"Dekan dekan jugak tapi tak kerja"
"Duduk rumah besarkan badan buat apa"
"Kau ni bila nak kerja, sedap je duduk rumah"
Aku tahu aku tak kuat. Aku cuba cari jalan keluar, aku kerja kilang. Aku nekad nak kumpul duit nak beli kereta second hand. Lepas ada kereta inshaAllah aku nak cari kerja yg sesuai dengan education aku. Tapi aku kerja kilang pun kena sindir
"Belajar macam pandai tapi kerja kilang"
"Cakap ANC tapi jadi operator"
Aku sabar dengan semua kata kata mereka. Aku teruskan. Gaji aku 1300 aku bagi mak 500. Abang kakak aku gaji 1500 ke atas tapi tak pernah bagi mak duit. Aku rasa bangga kat situ even mak tak pernah cakap aku sorang je anak mak yang bagi mak duit.
Dah kerja ni, aku cuba bagi mak happy. Tapi.. entahlah, mungkin tak cukup atau mungkin tak bermakna apa yg aku bagi.
Aku kalau balik kerja, aku tapaukan mak makanan kesukaan mak, bila sampai rumah mesti mak cakap simpan lah dulu besok mak makan. Tapi kalau abg aku tapaukan, mesti mak aku makan time tu jugak.
Mak pernah kirim aku barang, aku cuba carikan tapi tak jumpa. Mak cakap takpelah kalau tak jumpa. Mak suruh akak carikan barang tu, akak cari dan belikan. Mak sindir
"Terima kasih kakak belikan mak, tak macam yang sorang tu"
Kadang aku rasa makan hati dengan mak sendiri. Kenapa mak layan aku macam ni. Berdosa ke aku kalau aku rasa kecik hati dengan mak aku. Aku buntu taktahu nak buat macam mana lagi nak amik hati mak

Pada aq .kau kadang kala perlu memberontak. Jadi manusia x boleh selalu kayu jgk. Cuba setiap kali kau gaji kau x kasi duit pada org tua kau. Kau simpan. If kau nk kasi jgk, dengan cara menyimpan 1 account hanya untk org tua kau. Yg die x tau. If org tua kau mempersoal kn tntang duit bulanan kau, kau senyap kn dulu. Smpai 1 masa bila semua adik beradik kau dh berkumpul n ada org tua kau sekali n if pada waktu tu dowrang menyindir kau jgk. Waktu tu lah kau ungkit semua. Kau cerita segalanya tntang apa yg kau x puas hati. Aq pasti akn wujud perbalahan d situ. Luah kn saja apa yg kau pendam selama ni. Keluar kn n tunjuk kn bukti apa yg kau berkorban selama ni.mgkin kau akn d tentang tapi tu lah salah 1 cara untk tunjuk kn yg kamu ni x bodoh n dungu. Manusia perlu sabar tapi jgan BODOH. Zaman sekarang zaman moden. Kau kuat kau meneng. Kaux yah nk acah2 baik depan mak ayah kau klu dowrang pn x hargai semua pengorbanan kau tu. Kau lebih baik simpan duit untk diri kau sendiri. Sejujurnya aq nk cakap kau BODOH klu kau bekorban sesuatu pada org yg x hargai kau. Penberontak kn tu bukan kebaikan tapi itu perlu jika kau selalu jadi HAMBA KEBODOHAN. Wassalam...
ReplyDelete